Dalam perjalanan ke Kuantan melalui lebuhraya Karak, pagi ini, 12May 2012, 8am, saya agak terkejut kerana berdepan dengan kemalangan yang hampir memakan nyawa 4 mangsa yang berada didalam sebuah kereta yang hilang kawalan pemanduan.
saya berada hampir di belakang kenderaan mangsa semasa mangsa memecut dalam kelajuan yang agak melebihi hadlaju yang telah ditetapkan. Kereta yang dipandu oleh empat remaja cina tersebut sememangnya 'keretalaju' dan tersasar ketepi dan berpusing beberapa kali setelah hilang kawalan.
Secara kebetulan yang berada dibelakang adalah pasukan paramedic yang menghala ke Pekan, Pahang yang melalui jalan yang sama sempat berhenti dan memberi bantuan.
Saya agak hairan dengan pakaian anggota khas paramedic yang kelihatan 'all black' seolah sebuah kumpulan rock. Namun sesekali rugged juga. Mereka ini sangat proffesional dan hebat dalam memberi bantuan kecemasan. SYABAS saya ucapkan....
Cuma satu kemuskilan saya sementara menanti ambulan rakyat biasa yang agak lambat ...kenapa tidak dibawa salah seorang mangsa yang agak sangat kritikal dengan ambulan serba mewah mereka itu??...mungkin kena bayar kut....agaknya...atau ....saya pun tak tahu....
Oleh yang demikian, saya suka mengingatkan kita-kita, bahawa kalau tuan/puan masuk ke negeri aman sentosa ini, berhati-hatilah.....kerana jalan di lebuhraya Karak cukup cantik dan mungkin melenakan kita dengan buaian 'Koya' yang indah....lebih-lebih lagi bagi mereka yang memandu kereta baru yang cukup canggih, tidak seperti kereta lama saya yang terpaksa kerap berhenti bagi menyejukkan enjinnya.
Satu perkara lagi, ... ingin saya ingatkan disini...pastikan poket anda juga MELEBIHI.... sekiranya ingin memasuki negeri ini....jangan lagi diulangi peristiwa... PATIN BERDARAH LAGI!.
Saturday, May 12, 2012
NYAWA ATAU DUIT....KEMALANGAN DI KARAK...
Wednesday, May 9, 2012
WARANG - FUNKY series- DESIGN SHOES
Tuesday, May 8, 2012
TAK SIAPA PEDULI....
![]() | |||||||||||||||||||||
| Bas ASWARA setelah direkabentuk |
![]() |
| Sebelumnya.... |
Teringat saya akan sedikit kebolehan diri untuk mereka bentuk walaupun ia tidaklah sempurna seperti anda yang memilih warnanya. Apalah salahnya kalau saya membantu mereka corak bas ini...Namun saya rasakan apa yang saya hasilkan ....boleh tahanlaa...walaupun saya kurang arif menggunakan grafik.
Sering saya melalui kawasan itu dan melihat bas tersebut...namun tiada siapa yang peduli. Terpanggil saya untuk memberi nafas baru pada bas tersebut. apa yang saya letakkan disitu adalah imej Tan Sri P.Ramlee yang sedang meniup saxophone...imej sedemikian ini memang tiada.... hanya saya yang menggubahnya.
Contohilah saya sebagai seorang pelukis yang rasa ada bertanggungjawab dalam menambahbaik harta hak majikan kita walaupun khidmat kita ni FREEE....Insyalallah saya ikhlasss.
Monday, May 7, 2012
SUNGGUH CEPAT MASA BERUBAH
Ini antara gambar saya dan adik saya semasa kami di kampung Padang Free, Ulu Dong, Raub, Pahang kira-kira pada tahun 1996-1997.
Sungguh cepat masa berubah dan kini gambar ini menjadi saksi.Saya pun dah kelihatan agak berumur dan adik saya kini sudah pun bekerja.Walaupun demikian saya masih ingat saat-saat indah semasa di kampung halaman.banyak perkara-perkara manis dan pahit yang menjadi pedoman berguna dalam hidup.
Ada antara kalangan rakan yang masih hidup dan ada yang telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya....keadaan ini termasuklah arwah Ayah saya, Allahyarham Hj. Sallehudin b Ismail.Segala-galanya berubah dalam sekelip mata sahaja.
Bingkisan ini hanya sekadar mengigatkan kita bahawa sungguh cepat masa berlalu dan haruslah kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan ini.
Tuesday, April 24, 2012
warang boy....dulu dia budak baik
Thursday, December 15, 2011
BUKAN BARANG HINA...ADIDAS KAMPUNG DALAM KENANGAN
Kasut ini sememangnya tidak asing lagi buat para penduduk di kampung. Kehebatan dan kebolehannya memang tidak dapat disangkal lagi. cukup terkenal sekitar 70an hingga 80an dan kasut ini juga nyaris untuk diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Pendidikan kerana 'praktikaliti' dan keselamatan penggunaannya di kawasan kampung oleh para pelajar sekolah.Namun, kini ianya agak sukar didapati dari mana-mana toko yang terdapat di kota neon.
Hasrat perka adidas kampung agar penghasilannya dapat menyerupai kasut jenama terkenal iaitu 'Adidas' dari jerman yang cukup mendapat perhatian anak-anak muda di kota pada suatu masa lalu, namun perekanya cuba menghasilkan dari bahan yang berlainan dan murah serta mudah didapati agar ia senang untuk dimiliki dengan harga yang di mampumilik.Dengan harga sekitar RM2.80 pada tahun 1978, RM 4.20-1985, RM7.80-1989. Harga sedemikian cukup tidak membebankan rakyat.Tiada banyak olahan rekabentuk terhadap kasut adidas kampung ini. Namun penggunaan warna kuning sebagaimana kereta Ferrari masih dikekalkan pada 'stripe'nya sehingga ke akhir usia pengeluarannya. Hingga kini pengeluar cat masih ragu serta cuba mengetahui akan jenis cat kuning yang digunakan kerana agak sukar bagi cairan cat untuk kekal pada permukaan getah yang flexible melekat dalam tempoh yang lama!. Cuma ia mempunyai empat garisan melintang yang membezakannya dengan adidas sebenar yang hanya mempunyai tiga garisan sebagaimana dalam gambar dibawah.

Penggunaannya diiktiraf oleh dunia dan menjadi sebahagian uniform anggota komunis dunia termasuk PKM(parti komunis Malaya). Namun saya masih belum menemui penggunaan cat kuning pada kasut komunis hingga kini ...mungkin ia telah dikikis..

Mungkin ada dikalangan kita yang mambaca ini cukup tersentuh mengigati kasut yang saya paparkan ini. Walaupun ianya dibuat dari negeri China pada suatu masa dahulu...namun sumbangannya cukup besar hingga meningkatkan ekonomi negara kita Malaysia. penggunaannya hingga menyeloroh dan mendapat penerimaan yang cukup besar dari masyarakat kampung.
Keasliannya pada hari ini boleh dipertikaikan. Ada pelbagai jenama dan jenis rekabentuk yang seakan serupa dihasilkan dari negara pengeluar getah lain seperti Cambodia dan sudah tentu negara kita. Anda juga setuju jika saya katakan kasut yang saya paparkan dibawah ini adalah bukan adidas kampung sebenar.

Atas permintaan yang cukup tinggi, kini kasut ini dikeluarkan oleh banyak pengeluar pencetak rompak kasut lain dan diberi nama dengan pelbagai jenama, de rock, heroes, bowling dan paling malang adalah gajah!. Dalam gambar dibawah adalah antara kasut tiruan adidas kampung yang diberi nama 'bowling' agar pengeluarannya dapat mengelirukan mata masyarakat .

Senang saja, untuk mengetahui keasliannya, hanya anda perlu turun dari bukit yang mempunyai kecuraman 40 degree kecuramannya, kenyataan ini agak 'gila' dan anda perlu berlari sekuat hati dalam kelajuan 100km/j. Jika kasut adidas kampung yang dicuba adalah tiruan, 'start' atau butir dibahagian tapak akan tercabut. Jika sebaliknya, ia ternyata adidas kampung sebenar!. Bagi kasut tiruan.... kaki anda akan menghasilkan kesan 'melepoh' di beberapa bahagian kaki anda terutama dibahagian atas bukulali. Sekiranya anda memakai adidas kampung sebenar walau tidak menggunakan stokin, tiada apa kecederaan yang berlaku kerana ia diperbuat dari getah yang cukup lembut dan 'flexible'. pacat juga agak kurang yang menyinggah dikaki kerana adidas kampung juga banyak mempunyai permukaan rekabentuk yang tajam.
Tahu atau tidak, antara lain kehebatannya adalah sama dengan getah yang digunapakai untuk menghasilkan tayar kenderaan formula 1 berjenama terkenal 'Bridgestone'-yang diperbuat dari getah asli klon PB350, (code RISDA) yang cukup baik dan bermutu tinggi.

Kebolehan kasut ini memang tidak dapat disangkal lagi....kasut ini boleh digunakan didarat mahupun disungai, ia amat praktikal....selalunya digunakan oleh golongan 'rakyat' sebagai unifom kerja terutama yang kena ke pejabat pada awal pagi...noreh laa. selain itu ia amat praktikal untuk tujuan meloncat antara satu batu ke satu batu yang lain terutama dikawasan permukaan batu yang sangat licin di kawasan sungai kerana cekaman 'stat'nya yang cukup mencengkam. Jika diteliti, setiap stat mempunyai satu butiran halus berbentuk bulatan yang berfungsi sebagai 'kuku' yang sengaja direka untuk cekaman sentuhan yang lebih baik. Kasut ini juga boleh digunakan dalam permainan bolasepak, namun ianya tidak digalakkan penggunannya kerana akan menjatuhkan moral pemain lain.

Namun pada hari ini 'adidas kampung' sudah ada saingannya, pelbagai jenis jenama dan rekaan ala 'aerodinamik' kasut lain cuba untuk mengganti kebolehannya. Namun kepada yang tahu akan pengunaannya mereka tetap tegar menggunakan jenama 'adidas kampung' juga walau terpaksa ke pekan Sungai Ruan!, bagi mendapatkan yang asli.
Kini amat jarang kita lihat kasut adidas kampung ini yang disemadikan dalam sejarah...Mungkin anda rasa diperbodohkan, tetapi tidak seperti saya yang berjiwa seniman. saya rasa terpanggil untuk menulis demi mengimbau sumbangannya pada kita.
Untuk itu, lihat saja dibawah ini siri kasut adidas siri yang cukup 'rare' berwarna putih yang dikeluarkan dalam edisi yang cukup berlainan. mungkin untuk olahraga agaknya.
Adidas kampung ini adalah kasut yang dikeluarkan dalam siri terhad 'limited edition' bagi memperingati ulang tahun jubli perak syarikat pengeluarannya.
Atas kejayaan ini. muncul pula inovasi yang cuba meniru kejayaan adidas kampung tetapi dikesan oleh saya. Kini muncul pula kasut getah yang mendapat sambutan yang cukup hebat, crocodile!. Cukup kuat impak dari masyarakat dewasa hingga kepada anak-anak kecil. Mungkin ilham penciptanya inginkan suatu kasut yang flexible menyamai kasut adidas kampung yang dihasilkan pada satu masa lalu. soalannya....mampukan kasut CROCODILE yang digunakan oleh anda pada hari ini bertahan?
Bagi mereka yang pernah melalui pengalaman bersama kasut adidas kampung, tidak salah sekiranya anda membelinya cukup untuk sepasang sahaja sebagai koleksi bagi diabadikan dalam sejarah hidup anda....mungkin ada juga setuju!
Tuesday, December 13, 2011
WHERE GOOD IDEAS COME FROM - 1tube.my online video sharing
Subscribe to:
Posts (Atom)













