Monday, November 22, 2010

ANUGERAH DARI MIMPI!

Selama aku dikampung menyambut aidiladha, aku didatangi rakan yang kebetulan mengetahui kehadiranku pulang… beliau yang aku kenali sebagai Abg Hadi, ada membawa beberapa batu dan alatan purba yang didapati menerusi mimpi.menarik!

Dia menceritakan beberapa kejadian aneh yang berlaku dimana dia telah didatangi mahkluk halus dalam mimpinya dengan memberi beberapa batu yang kebanyakan dari kita mengenalinya sebagai ’buntat’ seperti buntat embun, buntat serai dan ada batu yang beliau tidak kenali selama ini.



Setelah mencuba beberapa buntat yang dibawanya, aku agak tertarik dengan buntat serai. Menurut ceritanya buntat ini didapati dari dalam sakunya semasa beliau ingin mengambil rokok dari poket beliau. Sebiji lagi didapati dari mimpi yang menyuruhnya mengambil dibelakang rumah beliau. Keesokkannya beliau mengambil dari tempat yang didapati sebagaimana yang hadir dari mimpi….iaitu batu tersebut dijumpai pada bahagian akar pokok serai.buntat yang dijumpai ini ‘exactly’ sama dengan yang dijumpai dalam poket beliau pada hari sebelumnya. Jadi kesemuanya adalah 2 biji buntat serai yang kini dimilikinya.Yang menariknya buntat ini boleh bertangkup seketika ketika cuba digulingkan,malah ia boleh melekat agak kuat pada permukaan cermin dalam jangkamasa tempoh yang lama.



dia juga membawa batu yang kami tidak kenali didalam sebuah bekas kecil.ada 44 biji kesemuanya. Batu ini berwarna puteh kekuning-kuningan. Setelah direndam dalam air seketika, warnanya perlahan bertukar menjadi jernih. batu ini juga diperolehi disekitar mataair yang terbit dari sekitar rumahnya.



oleh yang demikian, mungkin ada kalangan mereka yang berminat akan keajaiban anugerah illahi ini, maka bolehlah menghubunginya En Hadi di talian 0167856547 atau 014 8117627.

0 comments: