
Sape yang tak mengenali AJIS sekiranya seseorang itu peminat seni di Kuantan. Ajis memang mempunyai watak yang cukup menyatakannya beliau sebagai seorang pelukis sebagaimana pelukis tersohor lain.Melihat ajis teringat juga saya kepada piccaso yang muka pun seakan sama dengan muka saudara ajis.
Saya bukanlah nak mengangkat sangat kalau ajis yang sekian lama saya kenali ini tidak merupakan pelukis yang menjadi idola saya pada suatu ketika dahulu (zaman sekolah-asrama Inderapura)semasa saya berada dikota Kuantan. Seingat saya pada sekitar tahun 1988-89.Disitulah saya mula mencintai seni, pada ketika itu,saya suka melihat ajis melukis dengan beberapa pelukis yang lain berada di Taman Kerang. Walaupun pada ketika itu saya tidak pernah rasa ’suka’ dengan diri beliau melainkan melihat hasil karyanya. Saya cukup kagum dengan kebolehannya melukis pada ketika itu.

abdullah jones

Camelia...

setelah hampir 20 tahun, Kini saya berpeluang mengenali diri beliau dengan lebih rapat lagi. ajis dah berbeza dar dulu yakni mudah didampingi.Ajis disifatkan sebagai seorang yang cukup seksi di Rajawali.Kadangkala, Ajis juga mempunyai sedikit sifat kewanitaan didalam dirinya –dilihat dari pertuturan, tingkahlaku serta cara beliau menghias diri atau merujuk kepada warna perang pada rambut beliau. Namun begitu, beliau dilihat sebagai seorang yang Redha dan tetap akur dengan ketentuan Illahi keatas perjalanan hidupnya. Berminat mendengar cadangan yang baik dari pihak tertentu terutama yang memberikan pandangan terhadap hasilan seni beliau.Oleh yang demikian dia selalu menggunakan perkataan ”AHAK yek” kepada setiap cadangan yang difikirkan baik atau cadangan yang mungkin membebankan beliau dan kadangkala mungkin dianggap bodoh oleh dirinya. Ajis jarang menyapa seseorang, namun sesekali dia menyapa...harapannya cukup besar terhadap kita. Satu sikapnya yang berlainan pada hari ini ialah beliau akan terus pergi ke masjid bila mendengar suara azan berkumandang, iaitu mungkin menyedari dirinya yang telah semakin senja. Alhamdulillah....Beliau juga seorang yang cukup taat dan ’tak cakap banyak’ sekiranya ada pihak tertentu yang menjemput beliau bagi menyertai mana-mana pameran.

drawing terbaek!
Oleh yang demikian...dia sebenarnya harus diberi satu kalungan penghormatan yang cukup tinggi atas kebolehan diri serta pergorbanan dan pengabdiannya terhadap seni di Kuantan ini. Syabas juga pada pihak Rajawali yang semakin mesra dan menyayangi diri beliau disana. Ajis dilihat sebagai aset besar malah beliau mula serasi dengan sikap dan layanan pihak Rajawali keatas dirinya. Kalaulah diperumpamakan dengan warna- ajis disifatkan sebagai warna hitam dikalangan warna warni ahli Rajawali.Pengabdian ini, saya percaya menyatakan ajis akan tetap dikenang sebagai satu nama besar di dalam album seni di Malaya pada suatu hari nanti.
Syabas semoga ajis terus berkarya dan maju dimasa mendatang!
2 comments:
pernah jumpa uncle ajis kejap tahun lepas....tapi tak berpeluang tengok uncle melukis :)
sungguh..
ajiz punya artwork memang superb.
and main gitar pun superb juga.
Post a Comment