
perasmian pameran oleh YB dato' Shafik Fauzan b Shariff.
BESARLAH HARAPAN KAMI.....
Teringat saya pada baru-baru ini apabila bertemu dengan Dato”Aziz Satar di suatu majlis dan berkesempatan bertanyakan khabar dan mengenai penglibatan awal beliau bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramle dalam bidang perfileman. ”Kami yakin cerita kami sungguh baik walaupun nampak macam main-main aje dan berupaya membawa ”cherita dan pengajaran” kepada masyarakat walaupun ketika itu hanya ’shownya’ didewan orangramai”, sambutannya?....sambutannya...ramai yang datang, walaupun tiket pada ketika itu hanyalah dengan beberapa sen sahaja. Malangnya, tiada satu syarikat filem pun di Semenanjung pada ketika itu yang ingin memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan filem dari cerita-cerita kami ini. Setelah itu kami berhijrah ke kota Singapura.dan bernasib baik kerana ada studio yang sudi untuk mempelawa kami bekerja dan ’berfilem’ di sana....di Show Brothers la (kalau tak silap) kami mula dikenali...

Pengarah Projek sedang menyiapkan ruang pameran
Penyataan diatas seolah keadaan yang merujuk kepada Pameran 500 ini. Sewaktu mengunjungi Rajawali sebelum pameran ini bermula, saya terkejut dengan beberapa bungkusan lukisan yang dikirim oleh beberapa pelukis dari sekitar Kuantan malahan sebahagiannya adalah dari K. Lumpur...Wah ini macam jual borong!...mungkin pelukis nak jual banyak kut yang sekaligus kalau dihimpun boleh ”cover” untuk bayar pakej percutian ke Bandung selama sebulan atau yang lagi tidak berperasaan.. mengidam untuk membeli TV HD flat screen yang lagi besar!...katanya dapat warna yang sebenar dan cukup membahagiakan keluarga...

Namun ”Demam 500” ini memang sudah dirasai sejak sebulan lalu samada oleh pelukis-pelukis HALAL Rajawali mahupun bagi pelukis ALPA di sekitar yang selalu memerhatikan strategi liar ”underwater” perkumpulan ini bagi memperkayakan ahli-ahlinya terutama yang bernaung dibawahnya. Beberapa ahlinya cukup taksub dari beberapa minggu nan lalu dengan menyampaikan iklan bertalu mengenai pameran ini melalui facebook. Ternyata harapan mereka agar karya mereka akan laku bagi merealisasikan impiannya untuk membayar muka bagi membeli unit rumah kedai di perkampungan elit Kuantan yang bakal dilancarkan tak lama lagi..... tunguuuuuuuu!!!.

Al Baqarah,charcoal.
Atas sambutan, pada malam itu juga saya berpeluang menyaksikan para seniman di Rajawali sudah tersenyum lebar yang mungkin menjangkankan kesemua lukisan yang dihantar ini akan habis dijual.seterusnya mereka dapat menikmati ganjaran yang akan dihulurkan oleh pelukis kepada mereka atas tanda TERIMAKASIH DAUN KELADI.... juga sudah ada ura-ura untuk mengadakan pameran yang seumpama ini di Kuala Lumpur kelak!.....Walaubagaimanapun pengurus bagi pameran ini langsung tidak kelihatan pada waktu kritikal ini kerana katanya beliau terpaksa berada di Kuala Lumpur atas urusan panggilan orang-orang kaya disana.”Kau listkan aje apa yang kau nak”...kata salah seorang peneraju utama perkumpulan ini yang mengarahkan salah seorang kakitangannya (yang dikenali ramai hingga kini tidak nampak seninya) supaya menggantung kesemua karya ini pada hari esok. Sememangnya kebolehan yang ada pada pacar ini tidak boleh disangkalkan melalui kejayaan beliau mengendalikan beberapa pameran yang lalu diperingkat nasional malahan antarabangsa asalkan ada pembaris timbang airnya!.....jom pekena teh dulu... sapa pacar ini mempelawa saya dengan tersenyum menantikan pameran 500 ini seolah adalah hari raya bagi diri beliau. Salah seorang artisnya yang telah berjaya mengharumkan nama Rajawali sebelum ini agak gusar sedang merenung lama pada karyanya dan mungkin terkilan akan nasib karyanya yang tidak sepatutnya menyertai pameran ini kerana karyanya sudah menjadi idaman ramai namun terpaksa turut serta kerana akur atas arahan ketua. Demi menjaga nama baik perkumpulan ini beliau terpaksa akur walaupun dirundung rasa serbasalah memandangkan beliaulah orang yang ’selok’ melaungkan pameran ini. Apatah lagi kedudukannya sebagai salah seorang dari BOD perkumpulan RAJAWALI ini.

Turut menyatakan rasa keikhlasan serta mempertimbangkan akan memberi diskaun lagi sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ikhlas ingin memiliki karyanya. Dia adalah salah seorang yang memakmurkan seni dinegeri ini. Dia adalah yang dianggap selama ini sebagai ”AHLI SYURGA” bagi perkumpulan ini. Beliau selalu mengiakan akan apa juga pendapat ahli-ahli yang lain walaupun keningnya jelas terangkat tanda tidak bersetuju. Dari ”body language” jelas memaparkan ketidaksanggupan diri beliau sebagai hamba seni lagi tetapi tidak membebankannya. Seusia beliau pada hari ini masih ada lagi rasa tanggungjawab dan penuh hemah beliau terhadap perkumpulan ini. Atas pengalaman lama dan persetujuan semua, beliau merupakan pemudahcara bagi RAJAWALI bahkan sebagai mata dan telinga yang baru dilantik secara rahsia bagi perkumpulan ini.

Yang turut mendapat bahana dari pameran ini adalah salah seorang yang amat disegani dirantau ini walaupun dari satu cabang seni yang agak berlainan. Beliau turut mendapat bantahan dari beberapa pihak dan peminatnya setelah beliau mengishtiharkan secara rasmi akan turut serta menyertai pameran ini. Keadaan ini dianggap oleh peminat tegarnya sebagaimana Cat Steven cuba untuk berduet dengan Roslan Madun bagi menyanyi semula koleksi lagu Melayu asli.

Keadaan ini menyatakan beberapa ”miracle” atau ’puaka’nya rasa keinginan menyertai pameran 500 ini. Siapakah yang memainkan peranan utama sebagaimana bomoh yang berjaya mengemayankan seantara pelukis untuk turut sama menyertai pameran ini... seolah terkilan sekiranya tidak sama berpameran. Ramai yang trampil menghantar karya terkini dan pusaka....tiada lagi keegoan selama ini yang memisahkan kita oleh ’kasta’ yang menyatakan kita sahaja yang pandai seni....kelihatan yang tua turut bersama yang muda, yang buta turut bersama yang celik, yang dikota turut bersama yang di desa. Cuma saya masih mushkil akan keikhlasan mereka?...adakah mereka takut dihina jika tidak menyertai pameran ini?

Pyan Habib membacakan sajaknya.
Idea siapakah ini? Gerangan manakah yang berani sangat mengusul hingga memperdayakan pihak pembesar negeri hingga merestui pameran ini?...... dengan hanya sekitaran RM500 sahaja katanya malah lebih rendah dari harga ini mereka berupaya memiliki karya mereka yang sudah mencipta nama. Mereka ini tidak perlu saya nyatakan disini....sudah tentu ...Are u sure?? atau ”impossible”....kata pemilik-pemilik galeri di kota besar jika mereka mengetahui akan pameran ini. Sudah tentu ada singa besar yang trampil dan berkata ”semua ini berapa?? Sekiranya mereka mengetahui.
Maaf sekiranya tulisan saya pada kali ini tidak sebagaimana tulisan kurator yang biasa mengkuratorkan pameran dengan mengangkat karya-karya yang dipamerkan berdasarkan teori dan falsafah seni yang memeningkan kepala kita. Apa yang pasti saya percaya pemerhati (kita-kita) bukannya orang yang tuli untuk disekolahkan dengan seni yang berbahasa khayalan yang melambung itu...saya pasti yang hadir adalah mereka yang celik dan cintakan seni. Dan pasti....aku bersalah dan tentu rasa terkilan kalau aku tak beli satu!
0 comments:
Post a Comment