Tuesday, December 28, 2010

2010, Hanya Seketika, Tapi Penuh Bermakna……

2010 bakal meninggalkan kita buat beberapa ketika yang mana saya anggap tahun ini penuh dengan detik bersejarah dalam hidup saya dan ternyata kita sudah semakin berusia. Belum ada lagi tahun2 sebelumnya yang saya tempa sebagaimana tahun 2010.

12 Januari 2010… saya tersentap kerana tarikh ini merupakan hari yang paling bersejarah dalam hidup saya. Tepat jam 7.40 pagi ayah saya sudah tiada...Tiada lagi insan yang bakal mengingatkan saya tentang hal kehidupan dan agama. Insan yang saya paling sayangi, ayahnda saya, Hj. Sallehudin bin Ismail, sudah pergi buat selama-lamanya. Hanya satu pesan dan tinggalannya untuk saya…. Iaitu, sembahyang!...kini saya merasakan saya begitu rindu pada arwah, pemergiannya sudah hampir setahun ke Rahmatullah...Al-Fatihah

Banyak perkara yang telah dilalui pada tahun ini, dimana beberapa perkara yang berlaku keatas diri, organisasi serta perkumpulan yang sempat saya rakamkan dan ingat untuk ditatapi bersama. Ada peristiwa pahit dan manis yang dilalui oleh setiap individu, namun perkara yang dilalui ini ternyata akan meninggalkan kesan serta pengalaman yang saya percaya amat berguna untuk kita pada masa2 akan datang.

Ada antara rakan kita yang telah menempa kejayaan dengan begitu gemilang, ada yang telah bergelar jutawan, dah tak kenal kawan2, ada yang mengalami kejatuhan dalam perniagaannya, dia kembali sedar!, ada yang langsung tidak dapat menjual hasil karyanya...dia redha! dan ada yang menamatkan zaman bujangnya...dan ada juga kedengaran yang menamatkan zaman keluarga dan kembali membujang!...dan yang saya begitu sanjungi ada kalangan kita yang sudah mampu membina 2 buah masjid!..Tahniah rodhong!

Melihat keadaan dikampung pula, ramai orang2 kaya baharu telah dilahirkan, toke tanah, toke getah, toke tempoyak, dan ada juga toke kolam pancing ikan...dengar cerita sehingga ada yang menawarkan hadiah sebuah kereta proton saga sebagai hadiah utama...Tahniah orang kampung!..namun ada juga segelintir yang cuba meneroka bidang baharu...bukan hanya mencari tokek (spesis cicak besar yang berjuta2 harganya) sahaja, malah sudah menjadi toke emas!, semoga kalian lebih berjaya. Tahniah pada semua. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang dialami oleh kita samada baik mahupun buruk, saya percaya semua ini adalah dugaan dan tentunya ada hikmah bagi kita.

Jadi pada mereka yang kuat menipu dan ada kalangan kita yang digelar ”lebong” tu cukup2lah menipu, ada yang mengejar kekayaan tu....kejarlah selagi kamu terdaya! Tapi bayarlah zakat dan ingat anak2 yatim...masih ada tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Kalau ada tokpenghulu atau tok siak yang membaca, keluarkanlah wang tabung masjid dengan menyalurkannya dengan melakukan perkara yang bermanafaat. Cukup2 lah menabung tu. Tiada lagi pertandingan bagi mana-mana masjid atau surau dinegeri ini yang mempunyai jumlah tabungan tertinggi. Tiada makna dan manafaat kalau hanya tertulis jumlah kutipan yang beribu-ribuan ringgit pada tiap2 kali jumaat, kalau masyarakat daif dikawasan itu tidak dapat ditolong.

Para seniman, cukup2lah kita mempersenda mana2 rakan seperjuangan kita yang meletakkan harga yang terlalu tinggi sebab merasakan diri mereka seolah pelukis golongan atasan mahupun Diraja. Bila lagi mereka hendak merasa lukisan yang dijual dengan harga yang sedemikian mahalnya. Ditambah lagi dengan lukisan ini adalah permainan golongan hartawan dan Raja-Raja. Tiada yang sanggup membeli lukisan yang beribu ringgit semata2 untuk digantung di ruang rumah. Oleh yang demikian, jalan pintas, framekan sahaja mana-mana gambar kalendar yang menarik....pun sama juga keadaannya. Khabaran terkini, sehingga ada kedengaran seorang pelukis terkenal tempatan yang telah mempelawa seorang Raja untuk memiliki lukisannya beliau dengan harga jutaan ringgit.....sememangnya beliau cukup panas dan meningkat pada hari ini.


Tahun ini juga memperlihatkan anjakan dalam bidang kesenian di Pahang. Tahniah juga bagi Kerajaan Negeri Pahang kerana telah mengujudkan Muzium Seni di Kuantan (dulu Muzium Tokoh)...mungkin terkilan melihat Balai Seni Lukis Pahang yang sudah mula mempunyai tamu ekslusifnya sahaja tidak lagi sepertimana masa dahulu. Sesungguhnya penubuhan Muzium Seni ini diharap dapatlah kiranya seniman tempatan diberi peluang dan ruang untuk bersama mempamerkan hasilan seni mereka. Cuma sesekali jemputlah seniman tempatan mengadakan pertunjukan live performance terutama bagi mereka yang sering mengadakan pertunjukan secara terbuka di Teluk Chempedak, dari kerap menjemput pihak luar .Kepada pihak Rajawali, teruskan usaha dengan apa yang anda telah lakukan. Banyak kedengaran barisan pelukis dari dalam dan luar yang menunggu untuk mengadakan pameran solo di galerinya...Tahniah!.


Tahun ini juga memperlihatkan kerancakan dalam menggunakan facebook!, ternyata ada yang menggunakannya secara bijak sebagaimana saya, manakala ada juga yang menyalahgunakannya dan malang sekali bagi mereka yang suka benar mendedahkan pekung didada untuk dikongsi bersama pada setiap masa. Ada yang menggunakannya dengan cara yang cukup bermanafaat sebagaimana mencari kenalan lama, sekolah, perniagaan dan sebagainya. Ada pula kalangan liar yang mengambil kesempatan untuk mencari kenalan songsang!.





Kepada emak, isteri dan anak2 saya, teman sekerja, para pelajar, rakan2 dan taulan samada didalam dan diluar negara, saya memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya terdapat perkara yang tidak diingini berlaku atau menyinggung mana2 pihak, termasuk teguran dan mungkin ada kerja atau idea gila yang dikeutarakan oleh saya bagi melaksanakan sesuatu, yang tentunya tidak disukai oleh anda walaupun kadangkala idea yang saya berikan memaksa anda berusaha lebih dan agak menyusahkan anda dan anda tentunya tahu ianya adalah idea yang bagus. Walaubagaimanapun anda tidak bersetuju namun kamu tetap akur!...terimakasih. Sekali lagi saya memohon maaf kepada kalangan mereka2 ini.

Setahun bersama 2010, mungkin tidak cukup mematangkan kita, namun paling tidak ia telah cukup memberi ruang bagi mereka yang telah berusaha bagi mencapai apa yang dihasratkan sebagaimana pasukan bolasepak Harimau Malaysia. Saya pasti setiap dari kita ada cara dan kayu pengukurnya, semoga tahun baru 2011 akan lebih memberi kejayaan bagi kita semua!. Selamat tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011.


1 comments:

::Azura Rahman:: said...

sedih saya dengar luahan ini.. honestly to say.. u're a very sporting boss i ever had.. segala teguran dan tunjuk ajar yg diberikan amat2lah dihargai..

*masih mengharapkan boss ubah fikiran dan terus bersama kami.. *sob*sob*sob*..