Monday, December 20, 2010

Rasa Syukur !


Menghargai barangan lama adalah sesuatu yang begitu ‘complicated’ untuk dibicarakan.Seperti yang tertera ini adalah kereta Volkswagen Beetle. Saya memilikinya satu.

Saya memiliki kereta antik ini sejak tahun 1997. saya membelinya dari seorang pakcik yang pada mulanya enggan menjual kereta yang sekarang saya miliki. Agak puas juga saya membodek pakcik ini agar menjual kereta ini…akhirnya saya dapat dengan harga 4 ribu ringgit sahaja. Keadaannya bukanlah keadaan sepertimana sekarang. Banyak yang telah saya tukar ganti!.



Memang benar ada kata yang menyatakan “kalau pakai kereta lama ni tinggal seluar dalam je”...pepatah ini merujuk kepada harga alatganti yang agak mahal. Sehingga kini sekiranya ada alatan mana yang masih boleh digunakan saya guna lagi. Bukan semua kedai menjual alat gantinya. Hanya beberapa kedai di K.Lumpur yang masih ada menjualnya. Apa yang menariknya saya telah membaik pulih kereta ini dengan cara saya sendiri termasuk kerja membuat body dan mengecat!...sebab…agak mahal.Kalau dihantar ke kedai baikpulih , ternyata harga baikpulihnya mencecah sehingga tiga kali ganda harga baikpulih kereta biasa.



Pengguna juga akan bermasalah dengan ‘pomen’ kereta ini yang juga agak susah dikenalpasti. Kereta ini memerlukan mereka yang benar2 berpengetahuan untuk membaikinya. Walaupun enjinnya agak mudah tanpa menggunakan air, namun membaikinya tidak semudah yang disangka. Mungkin “pomen lama” mungkin masih boleh membaikinya.

Memiliki kereta ini memang cukup memberi kepuasan kepada pemiliknya.Ini termasuk bunyi enjinnya yang seakan2 bersiul tidak menyerupai kereta2 lain yang ada pada hari ini. Memandunya seolah membawa anda ke era 60an, ditambah lagi dengan rasa yang mencabar akan ‘rosak dimana-mana!..inilah yang trill sekali…Menolak di Traffic light…mati dengan tiba2..malah pernah hingga tercabut salah satu dari tayarnya pun saya telah rasai. Namun ia tidak memberi kata putus untuk saya menjualnya walau pernah ditawar dengan harga yang cukup teruja!



Kanak2 cukup meminati kereta ini…kalau lalu dikawasan permainan kanak2, hingga ada antara mereka yang mengejarnya. Cukup dikenali dengan nama “kereta katak” dikalangan mereka. Terkenal dengan warna kuning bodohnya hingga kini saya tidak memilih warna kuning sebagai warna kereta saya ini. Saya juga cukup berbangga mempunyai seorang anak yang cukup meminati kereta ini, yang secara otomatisnya insyaallah akan menjadi pewaris kereta saya ini. Namun kebanyakan pemiliknya rata2 adalah mereka yang cukup meminati kenderaan ini dan sebahagiannya adalah seniman…mungkin rekabentuknya dan sejarah awal pembinaannya yang ternyata membuat seseorang itu begitu ingin memilikinya.



Saya juga cukup berbangga memilikinya kerana semakin ramai peminat muda tertarik dengan kenderaan ini pada hari ini. Walaupun agak tinggi kos selengaraannya, satu lagi yang perlu ada pada setiap individu …rasa bersyukur dengan apa yang anda miliki … sekiranya ingin memiliki kereta ini.

Selamat Mencuba!

0 comments: