Friday, December 31, 2010

Galeri Tokoh Khat, Pekan.


para tenaga kerja, Terimakasih semua.

Galeri Tokoh Khat Pekan.Lokasi: Bangunan Perpustakaan Awam baru Pekan, Pahang.


galeri tokoh Khat pekan dalam pembikinan



Engku Kamalul serius menyiapkan kerja


sedang memerhatikan biodata tokoh

Tuesday, December 28, 2010

2010, Hanya Seketika, Tapi Penuh Bermakna……

2010 bakal meninggalkan kita buat beberapa ketika yang mana saya anggap tahun ini penuh dengan detik bersejarah dalam hidup saya dan ternyata kita sudah semakin berusia. Belum ada lagi tahun2 sebelumnya yang saya tempa sebagaimana tahun 2010.

12 Januari 2010… saya tersentap kerana tarikh ini merupakan hari yang paling bersejarah dalam hidup saya. Tepat jam 7.40 pagi ayah saya sudah tiada...Tiada lagi insan yang bakal mengingatkan saya tentang hal kehidupan dan agama. Insan yang saya paling sayangi, ayahnda saya, Hj. Sallehudin bin Ismail, sudah pergi buat selama-lamanya. Hanya satu pesan dan tinggalannya untuk saya…. Iaitu, sembahyang!...kini saya merasakan saya begitu rindu pada arwah, pemergiannya sudah hampir setahun ke Rahmatullah...Al-Fatihah

Banyak perkara yang telah dilalui pada tahun ini, dimana beberapa perkara yang berlaku keatas diri, organisasi serta perkumpulan yang sempat saya rakamkan dan ingat untuk ditatapi bersama. Ada peristiwa pahit dan manis yang dilalui oleh setiap individu, namun perkara yang dilalui ini ternyata akan meninggalkan kesan serta pengalaman yang saya percaya amat berguna untuk kita pada masa2 akan datang.

Ada antara rakan kita yang telah menempa kejayaan dengan begitu gemilang, ada yang telah bergelar jutawan, dah tak kenal kawan2, ada yang mengalami kejatuhan dalam perniagaannya, dia kembali sedar!, ada yang langsung tidak dapat menjual hasil karyanya...dia redha! dan ada yang menamatkan zaman bujangnya...dan ada juga kedengaran yang menamatkan zaman keluarga dan kembali membujang!...dan yang saya begitu sanjungi ada kalangan kita yang sudah mampu membina 2 buah masjid!..Tahniah rodhong!

Melihat keadaan dikampung pula, ramai orang2 kaya baharu telah dilahirkan, toke tanah, toke getah, toke tempoyak, dan ada juga toke kolam pancing ikan...dengar cerita sehingga ada yang menawarkan hadiah sebuah kereta proton saga sebagai hadiah utama...Tahniah orang kampung!..namun ada juga segelintir yang cuba meneroka bidang baharu...bukan hanya mencari tokek (spesis cicak besar yang berjuta2 harganya) sahaja, malah sudah menjadi toke emas!, semoga kalian lebih berjaya. Tahniah pada semua. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang dialami oleh kita samada baik mahupun buruk, saya percaya semua ini adalah dugaan dan tentunya ada hikmah bagi kita.

Jadi pada mereka yang kuat menipu dan ada kalangan kita yang digelar ”lebong” tu cukup2lah menipu, ada yang mengejar kekayaan tu....kejarlah selagi kamu terdaya! Tapi bayarlah zakat dan ingat anak2 yatim...masih ada tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Kalau ada tokpenghulu atau tok siak yang membaca, keluarkanlah wang tabung masjid dengan menyalurkannya dengan melakukan perkara yang bermanafaat. Cukup2 lah menabung tu. Tiada lagi pertandingan bagi mana-mana masjid atau surau dinegeri ini yang mempunyai jumlah tabungan tertinggi. Tiada makna dan manafaat kalau hanya tertulis jumlah kutipan yang beribu-ribuan ringgit pada tiap2 kali jumaat, kalau masyarakat daif dikawasan itu tidak dapat ditolong.

Para seniman, cukup2lah kita mempersenda mana2 rakan seperjuangan kita yang meletakkan harga yang terlalu tinggi sebab merasakan diri mereka seolah pelukis golongan atasan mahupun Diraja. Bila lagi mereka hendak merasa lukisan yang dijual dengan harga yang sedemikian mahalnya. Ditambah lagi dengan lukisan ini adalah permainan golongan hartawan dan Raja-Raja. Tiada yang sanggup membeli lukisan yang beribu ringgit semata2 untuk digantung di ruang rumah. Oleh yang demikian, jalan pintas, framekan sahaja mana-mana gambar kalendar yang menarik....pun sama juga keadaannya. Khabaran terkini, sehingga ada kedengaran seorang pelukis terkenal tempatan yang telah mempelawa seorang Raja untuk memiliki lukisannya beliau dengan harga jutaan ringgit.....sememangnya beliau cukup panas dan meningkat pada hari ini.


Tahun ini juga memperlihatkan anjakan dalam bidang kesenian di Pahang. Tahniah juga bagi Kerajaan Negeri Pahang kerana telah mengujudkan Muzium Seni di Kuantan (dulu Muzium Tokoh)...mungkin terkilan melihat Balai Seni Lukis Pahang yang sudah mula mempunyai tamu ekslusifnya sahaja tidak lagi sepertimana masa dahulu. Sesungguhnya penubuhan Muzium Seni ini diharap dapatlah kiranya seniman tempatan diberi peluang dan ruang untuk bersama mempamerkan hasilan seni mereka. Cuma sesekali jemputlah seniman tempatan mengadakan pertunjukan live performance terutama bagi mereka yang sering mengadakan pertunjukan secara terbuka di Teluk Chempedak, dari kerap menjemput pihak luar .Kepada pihak Rajawali, teruskan usaha dengan apa yang anda telah lakukan. Banyak kedengaran barisan pelukis dari dalam dan luar yang menunggu untuk mengadakan pameran solo di galerinya...Tahniah!.


Tahun ini juga memperlihatkan kerancakan dalam menggunakan facebook!, ternyata ada yang menggunakannya secara bijak sebagaimana saya, manakala ada juga yang menyalahgunakannya dan malang sekali bagi mereka yang suka benar mendedahkan pekung didada untuk dikongsi bersama pada setiap masa. Ada yang menggunakannya dengan cara yang cukup bermanafaat sebagaimana mencari kenalan lama, sekolah, perniagaan dan sebagainya. Ada pula kalangan liar yang mengambil kesempatan untuk mencari kenalan songsang!.





Kepada emak, isteri dan anak2 saya, teman sekerja, para pelajar, rakan2 dan taulan samada didalam dan diluar negara, saya memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya terdapat perkara yang tidak diingini berlaku atau menyinggung mana2 pihak, termasuk teguran dan mungkin ada kerja atau idea gila yang dikeutarakan oleh saya bagi melaksanakan sesuatu, yang tentunya tidak disukai oleh anda walaupun kadangkala idea yang saya berikan memaksa anda berusaha lebih dan agak menyusahkan anda dan anda tentunya tahu ianya adalah idea yang bagus. Walaubagaimanapun anda tidak bersetuju namun kamu tetap akur!...terimakasih. Sekali lagi saya memohon maaf kepada kalangan mereka2 ini.

Setahun bersama 2010, mungkin tidak cukup mematangkan kita, namun paling tidak ia telah cukup memberi ruang bagi mereka yang telah berusaha bagi mencapai apa yang dihasratkan sebagaimana pasukan bolasepak Harimau Malaysia. Saya pasti setiap dari kita ada cara dan kayu pengukurnya, semoga tahun baru 2011 akan lebih memberi kejayaan bagi kita semua!. Selamat tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011.


Monday, December 20, 2010

Rasa Syukur !


Menghargai barangan lama adalah sesuatu yang begitu ‘complicated’ untuk dibicarakan.Seperti yang tertera ini adalah kereta Volkswagen Beetle. Saya memilikinya satu.

Saya memiliki kereta antik ini sejak tahun 1997. saya membelinya dari seorang pakcik yang pada mulanya enggan menjual kereta yang sekarang saya miliki. Agak puas juga saya membodek pakcik ini agar menjual kereta ini…akhirnya saya dapat dengan harga 4 ribu ringgit sahaja. Keadaannya bukanlah keadaan sepertimana sekarang. Banyak yang telah saya tukar ganti!.



Memang benar ada kata yang menyatakan “kalau pakai kereta lama ni tinggal seluar dalam je”...pepatah ini merujuk kepada harga alatganti yang agak mahal. Sehingga kini sekiranya ada alatan mana yang masih boleh digunakan saya guna lagi. Bukan semua kedai menjual alat gantinya. Hanya beberapa kedai di K.Lumpur yang masih ada menjualnya. Apa yang menariknya saya telah membaik pulih kereta ini dengan cara saya sendiri termasuk kerja membuat body dan mengecat!...sebab…agak mahal.Kalau dihantar ke kedai baikpulih , ternyata harga baikpulihnya mencecah sehingga tiga kali ganda harga baikpulih kereta biasa.



Pengguna juga akan bermasalah dengan ‘pomen’ kereta ini yang juga agak susah dikenalpasti. Kereta ini memerlukan mereka yang benar2 berpengetahuan untuk membaikinya. Walaupun enjinnya agak mudah tanpa menggunakan air, namun membaikinya tidak semudah yang disangka. Mungkin “pomen lama” mungkin masih boleh membaikinya.

Memiliki kereta ini memang cukup memberi kepuasan kepada pemiliknya.Ini termasuk bunyi enjinnya yang seakan2 bersiul tidak menyerupai kereta2 lain yang ada pada hari ini. Memandunya seolah membawa anda ke era 60an, ditambah lagi dengan rasa yang mencabar akan ‘rosak dimana-mana!..inilah yang trill sekali…Menolak di Traffic light…mati dengan tiba2..malah pernah hingga tercabut salah satu dari tayarnya pun saya telah rasai. Namun ia tidak memberi kata putus untuk saya menjualnya walau pernah ditawar dengan harga yang cukup teruja!



Kanak2 cukup meminati kereta ini…kalau lalu dikawasan permainan kanak2, hingga ada antara mereka yang mengejarnya. Cukup dikenali dengan nama “kereta katak” dikalangan mereka. Terkenal dengan warna kuning bodohnya hingga kini saya tidak memilih warna kuning sebagai warna kereta saya ini. Saya juga cukup berbangga mempunyai seorang anak yang cukup meminati kereta ini, yang secara otomatisnya insyaallah akan menjadi pewaris kereta saya ini. Namun kebanyakan pemiliknya rata2 adalah mereka yang cukup meminati kenderaan ini dan sebahagiannya adalah seniman…mungkin rekabentuknya dan sejarah awal pembinaannya yang ternyata membuat seseorang itu begitu ingin memilikinya.



Saya juga cukup berbangga memilikinya kerana semakin ramai peminat muda tertarik dengan kenderaan ini pada hari ini. Walaupun agak tinggi kos selengaraannya, satu lagi yang perlu ada pada setiap individu …rasa bersyukur dengan apa yang anda miliki … sekiranya ingin memiliki kereta ini.

Selamat Mencuba!

Thursday, December 9, 2010

MAJUKAH MELAKA?



Tahniah… kepada Kerajaan Negeri Melaka dimana bandaraya bersejarah ini sudah kelihatan cukup maju.Tiada apa lagi dikiri, kanan, atas dan air yang belum dimajukan. Lihat pantai, sungai semuanya ada pulangan untuk masyarakat negeri.



Bukan itu sahaja, malahan penarik beca, bot pesiaran pun sampai tengah malam….yang menariknya, penarik beca bukan orang2 tua daaa….orang muda pun ramai dah ‘replace’ kayuh beca. Bukan lagi sebagaimana apa yang dipaparkan dalam filem P.Ramlee-penarek Becha. Saya kira kerjaya ini lebih bermanafaat dari merempit. Tahniah!




Tapi ada sesuatu yang agak tidak kena dengan lambakan pelancung yang berpusu-pusu masuk…yakni terlalu ramai sehinggakan hotel2 di kota Melaka tidak dapat lagi menampung lambakan pengunjung dari luar. Memang benar saya btidak membuat tempahan untuk kesana, sesekali terfikir yang pihak Kerajaan Negeri kena membuat sesuatu setelah hampir 7 jam saya mencari kekosongan hotel. Perkara ini perlu diberi perhatian. Bukan hanya di tengah kota bahkan hotel di pinggir Melaka pun habis penuh diisi oleh pengunjung luar….hebat. Dalam keadaan ini saya terpaksa mencari hotel berhampiran diluar dari negeri ini….kira2 pukul 1 pagi, saya sampai di kota Tampin…saya bernasib baik kerana ada satu sahaja bilik kosong, itupun kalau lambat ada yang menanti dengan penuh harapan.



Esoknya, saya kembali kebandar Melaka…saya cuba untuk mencari dimana ada makanan tempatan yang lazimnya memang wajib sirasa, iaitu….gulai asam pedas …wah…memang itu sebagai santapan wajib ke kota melaka ini. Dalam kesibukan mencari kedai2 sekitaran agak susah pula untuk ‘parking’ kereta, cilakak….. deretan hon penghuni kota yang agak marah untuk saya mengambil paking L, sampai ada yang membuka tingkap sambil berkata…P******K!!,..mentang-mentang kereta saya dengan nombor pendaftaran berhuruf C dihadapan sudah tentu dari Pahang,… Takut dihunus keris, jadi terpaksalah saya mencari kawasan yang mudah pakingnya….Saya terpaksa keluar agak jauh…ke sebuah pusat membeli belah yang agak aman dan damai.



Oleh yang demikian, saya terpaksa keluar dari kota Melaka dan pergi ke satu lokasi pusat membeli belah yang agak selesa pakingnya. Harapan kami sekeluarga agar dapat merasa asam pedas disana…mesti ada…sesampai disana saya meninjau mungkin ada kedai khas yang menjual asam padas ala KFC…maklumlah Melaka dah Maju…namun hampa..ternampak saya food court yang menyediakan pelbagai makanan…alhamdulillah hajat saya tercapai...ada asam pedas…terus saya meminta nasi dengan kuah asam pedas dari pembantu kedai tersebut…yang ternyata org kita Melayu yang melayan saya dengan penuh mesra….Kalau makan nasi ni baru puas pakai tangan dari pakai sudu…so, melihat sekeliling, saya rasa kami sedang diperhatikan kerana makan menggunakan tangan, terasa agak malu seketika, mungkin mereka menggangap saya masih lagi tidak maju!...tapi apa aku kira, ini pun negeri datok moyangku!



Sebenarnya apa yang agak meloyakan saya ialah keadaan sudu yang tidak dibasuh dengan sempurna dan bersih dari pemerhatian saya….dan kalau sedemikian tempatnya eloklah pihak pengurusan menggunakan sudu plastik yang terus dibuang dari menggunakan sudu biasa yang bertukar2 milik dengan rakan semalaysia kita.

Apatah lagi bila saya melihat kedai yang menjual asam pedas itu pun cukup menghampakan saya, yakni kedai ini dimiliki oleh orang cina ….yang sesekali keluar dari dapur. Ini dah jadi kes kopitiam di Kuantan..tiada sijil Halal!. Kepada pihak yang berkenaan, pertimbangkanlah juga Halal dan Haram walau maju mana kita sekalipun di dunia ini. Oleh yang demikian mohon pertimbangan dari pihak tertentu yang mungkin agak marah sekiranya membaca catatan celupar saya ini.



Walaubagaimanapun Tahniah kepada pihak kepimpinan negeri, Kerajaan dan masyarakat Melaka kerana berupaya menghidupkan suasana serta mengekalkan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia yang saya rasakan amat sukar untuk dilakukan oleh negeri-negeri yang lain.Mohon maaf atas komen ini. saya rasa ramai juga pihak pembaca yang bersetuju akan catatan saya ini untuk kebaikan kita semua.

Friday, December 3, 2010

It's not me...


Halooo Bro...(its not me)

Karya ini adalah kesinambungan dari beberapa karya saya yang lalu sebagaimana karya “Hai Dato”, 2004. Karya ini merupakan karya saya yang ketiga setelah saya melukis beberapa karya potret wajah saya.

Sebenarnya saya telah dijemput untuk meyertai satu pameran di Metro Fine Art gallery pada 4 disember ini. Oleh yang demikian saya telah menyiapkan beberapa lakaran sketch awal dengan harapan saya akan mendapat lakaran terbaik untuk saya menyesuaikan karya saya dengan beberapa pelukis tempatan yang agak besar namanya menyertai pameran ini seperti Awang Damit, Khalil Ibrahim, Amron Omar, Samjis Mat Jan, Fuad dan beberapa pelukis lain lagi.

Apa yang terjadi…saya tidak menyangka yang karya2 tersebut telah di reject mentah2 oleh kurator pameran...katanya karya biasa...mungkin saya perlu melakukan sesuatu yang lain agar saya terpilih untuk menyertai pameran ini. Siang malam saya memaksa diri bagi memikirkan hal ini dan akhirnya saya teringat akan karya saya sebelum ini sebagaimana Hai Dato,2004 dan Teh Tarik Lentok! 2007!...kali ini saya rasa saya akan ‘sekolahkan’ kurator ini.

Apa yang terjadi memang benar….satu malam kira2 sudah pagi secara bersahaja saya melukis, apa yang saya dapati adalah lakaran sebagaimana karya yang tertera ini…memang benar ini adalah gaya saya dan saya amat serasi melukis karya ini. Secara tiba-tiba makin banyaklah idea gila dan jahat yang satu per satu trampil seperti rokok dari duit RM10 dan bentuk kepulan asap (asap O yang saya kira mengada dan gatal) yang saya lukis ini…walaupun sesekali saya agak tersentak dan agak takut juga melukis bersendirian di rumah colonial yang ditinggalkan sejak beberapa puluh tahun ini….dan saya kadangkala tidak pasti apa yang saya lukiskan ini adalah benar2 dari hati saya atau ada pihak lain juga yang turut sama membantu saya melakarkan karya ini.

Walaupun demikian, saya sungguh berpuas hati dengan hasilan yang saya hasilkan ini yang ternyata apa yang saya lukiskan ini adalah BUKAN SAYA!....(is not me).

Penampilan yang saya kira benar-benar ganas ini diterima dengan gembiranya oleh kurator tersebut. Terimakasih!.

Untuk menyaksikannya, bolehlah mengunjungi Metro Gallery,(tingkat bawah Hotel Legend) KL, di the Mall, bermula dari 4 Disember 2010, perasmian 4 petang hingga.....selalunya 2 minggu je.

Bukan salah ibu mengandung !



Dalam gambar ini saya berkesempatan mengambil gambar beberapa orang kanak2 yang saya kira sebagai peminat lukisan saya.ketiga-tiga mereka ini sering datang melihat saya bekarya.

Mereka2 ini mempunyai cita2 yang agak luarbiasa, seorang dikiri tu nak jadi pelakon, yang ditengah ingin jadi angkasawan dan seorang dikanan sekali tu ingin menjadi guru matematik. Tanya saya kenapa taknak jadi pelukis?....hmmm entah.. kata salah seorang dari mereka.yang sorang lagi tiba2 berkata ...susah nak kaya!.

Memang benar agaknya pendapat anak ini yang pelukis kita susah nak jadi kaya. Terdetik dalam hati saya... itu adalah pengakuan ikhlas dan jujur dari hati putih mereka. Adakah tiada langsung pelukis dalam negara kita yang boleh menjadi idola mereka pada suatu hari nanti?...atau mungkin tiada langsung pendedahan yang diberikan oleh guru serta ibubapa mereka terhadap seni lukis atau memang hitam sebagai warna yang sering kita paparkan pada mata masyarakat pada hari ini?...

Walaubagaimanapun begitu, saya tetap menghormati dan berterimakasih atas kehadiran peminat cilik saya ini.