Monday, April 25, 2011

RODHONG2 di SHAHPUTRA

Salam Buat teman2 seperjuangan...

Tak lama lagi saya akan berhijrah....entah kemana? yang pasti saya akan meninggalkan Kuantan mengikut langkah kaki...namun banyak perkara dan kenangan manis, masin semasa saya berada di sebuah kolej...kolej Shahputra yang terunggul di Pantai Timur yang kini dinaiktaraf menjadi sebuahUniversiti,,,Tahniah buat semua warga kerja.

Oleh yang demikian ramai kawan, rodong2 sepermainan akan saya tinggalkan seketika dan kemungkinan juga mereka bersetuju dengan keputusan saya untuk meninggalkan mereka....Kerana mereka tidak lagi rela saya menyiksa diri mereka...namun sejuta Terimakasih kerana sudi berkawan serta menyusahkan diri anda seketika untuk melayan karenah saya...saya pun manusia biasa yang jarang dan tentu tidak akan mengaku melakukan dosa.....disini ramai lagi selain dari mereka2 yang saya lukiskan ini yang tidak dapat saya keutarakan atas batasan kemampuan diri yang ada. Untuk itu saya memohon maaf!

Namun mereka2 ini adalah senarai mereka2 yang banyak menghabiskan masa bersama saya.Oleh yang demikian mereka inilah dari senarai para sahabat saya teratas atau terdekat yang bakal mengampuni serta memaafkan kesilapan dan dosa2 lampau saya sekiranya ada sebelum saya berundur dari dunia yang fana' ini ....nanti.....


Menduduki tangga teratas sebagai senarai kawan yang paling akrab dan cukup memahami diri saya saya. Sepanjang berodong dengan beliau..saya bereasa selesa dan cukup terhibur. saya merasakan diri saya bernasib baik kerana berpeluang mengenali diri beliau..ingin saya trampilkan disini...seorang bakal jutawan yang dermawan, seorang pemimpin belia 4B pekan, berbakat besar sebagai pemimpin atau konduktor muzik, juga budayawan lampau, penglipurlara istana, serta mempunyai hati yang cukup relawan.

Berpendidikan agak tinggi dan jauh sehingga ke Bandung(ketika itu beliau adalah satu2nya anak jati pekan yang berkaliber dan ditaja bagi melanjutkan pengajian dalam ilmu agama hingga ke Bandung)...pulang ke negara asal sebagai seorang guru ....Kecemerlangan penglibatannya sebagai guru cukup jelas ternyata...ura2..suatu ketika dahulu pernah direncanakan akan ditabalkan sebagai Pengarah Pendidikan Daerah Pekan... disebabkan oleh luhur dan kemuliaan hatinya bermasyarakat....maka hal ini telah diketahui oleh Baginda. Timbul hasrat, perkenan dan keterpikatannya (bahasa istana) hati Ayahnda untuk melihat beliau sebagai salah seorang pemimpin disebuah daerah Inderapura yang cukup diberi perhatian oleh setiap para2 menteri pada hari ini. Ditambah juga dengan kebolehan diri beliau untuk memasak dan menyajikan golongan istana dengan martabak khusus yang dikatakan hasil rekaannya iaitu...Martabak Tuanku..dengan harga RM17 sekeping!!...cukup sedap... setelah dilarikan sekeping oleh beliau tanpa pengetahuan Tuanku untuk diberi khusus kepada saya suatu ketika lalu...ternyata memang sedap!....Patik mohon Ampun Tuanku.

Atas kebolehan diri yang tinggi, maka pelbagai perkara yang ingin dilakukan disana kebanyakannya haruslah merujuk kepada persetujuan beliau sehinggakan beliau begitu akrab dengan DO daerahnya terutama atas urusan jual beli tanah mahupun hal ehwal agama seperti jumlah korban lembu yang perlu dilakukan pada setiap kali lebaran!!...Atas perkenan serta terhiburnya warga pekan pada setiap kali halimi mendendangkan lagu di acara keramaian daerahnya maka beliau telah dipelawa menjawat sebagai penjawat utama di sebuah kilang automotif terbesar di pekan, menurut katanya... kenderaan keluaran syarikatnya agak sukar dijual, tanpa penglibatan campurtangan beliau...bunyi kelako...tapi mungkin ada kebenarannya.

Sebagai pemimpin masyarakat, beliau akur akan apa yang telah dianugerahkan kepada dirinya.... Sejak akhir2 ini...diketahui kebebasan kendiri beliau agak terbatas serta semakin berkurangan tidak seperti sebelumnya yakni beliau bebas melastik burung kesana kemari, menaiki motosikal tanpa helmet, bebas berseluar batik...kini semua itu tidak lagi...... sebagai seorang budayawan yang berdarah kampung lebih2 lagi mengenang yang beliau tidak ingin diperlakukan seperti si tanggang... beliau mengambil keputusan untuk lari dari segala2nya dari daerah tersebut untuk relahati bekerja diKuantan....

Walaupun keputusannya hingga kehari ini tidak diketahui oleh pengetahuan Baginda Tuanku, Ternyata... apa yang dilakukannya kini cukup membahagiakan diri beliau...saya percaya obesitinya akan lebih naik lagi dimasa2 akan datang....



Ini adalah rakan saya Syed atau lebih dikenali sebagai cik mat...atau panggilan turus beliau...cik mat exam yang selalu menemani saya kehulu dan kehilir. Saya tidak tahu akan apa rahsia yang saya gunakan sehingga beliau seolah cukup 'taat' akan perintah halal yang saya ajukan.

Pernah suatu ketika bercita2 untuk berchinta merentasi antara benua....kerana beliau ini belum ternoda dan tidak pernah bercinta.... terpengaruh dengan cerita episod Chinta Antara Benua....dan menganggap dirinya sebagaimana Rosyam Noor dalam filem tersebut. Ini semua salah TV3...

Namun saya terus katakan pada beliau.......Mana boleh mat itu ceritaaaa....

Saya mengakui ramai wanita sepejabatnya yang menggunakannya, mengambil kesempatan atas sikap beliau yang tulus dan syahdu...Sebagai seorang manusia...beliau sudah ada segalanya...rumah, kenderaan, makan cukup, pakaian sealmari, seluar dalam koleksi bintang2 pujaan dunia, cd2 koleksi, mesin basuh peribadi, mesin buat kari pun ada...angin tayar keretanya pun berbeli...pakai hidrogen lagi..cuma kadangkala dia kelihatan menyesali akan nasib serta kenapa beliau dilahirkan di dunia ini....kalau hanya hari-hari berfotostat...jemu2...namun kini semangatnya kian pulih....banyak toke2 kedai ubat-ubatan atau pengusaha terapi dikuantan mengenali beliau dan cukup bersimpati kan nasibnya....byk wang dibelanjakan untuk memulihkan semangat ini....hanya rakan rapatnya sahaja yang mengetahui keperitan hidup yang dilaluinya hari demi hari....kini fokusnya hanya satu... untuk itu..terketar2 mencari suri!!

Bukan itu sahaja...dia juga suatu ketika dahulu cukup angkuh apabila bercerita tentang CHINTA...seolah tidak mahu lagi mendengarnya...tetapi tidak lagi pada hari ini kerana melihat akan kebahagiaan diri saya dan keluarga...oleh yang demikian, beliau teringin dan beriktizam untuk menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin!.... saya kata...sukar dalam masa yang terdekat untuk mendapatkan cinta yang SUCI dan ABADI...tapi mungkin ada...bagi mereka yang luhur ikhlas, menagih chinta sejati...bolehlah berkenalan dengan diri jejaka yang berketurunan Sudan yang pernah menetap diYaman ini..Saya percaya dengan kebolehan yang ada...beliau akan membahagiakan anda!..kepada mereka Noda2.....jangan lagi dipermainkan cinta suci sejati syed ini!!!



Agak unik juga persekitaran kerja saya dimana pelbagai ragam manusia yang 'liar' saya ketahui...yang ni adalah rakan yang cukup membosankan saya dengan kiraan 'untung/rugi' pada setiap masa.

Melihat keadaan beliau, seorangpun tidak percaya akan karier beliau sebagai tenaga pakar di salah sebuah hospital terkemuka di Kuantan suatu ketika dahulu...yang katanya saya tidak suka bekerja di hospital kerana hari2 tengok orang sakit, nanti i jadi sakit!..Walaupun saya kadangkala bosan dengan perangai "hari semalam i belanja u, so...hari ini u blanjal a i..."

Namun dia cukup akrab dengan diri saya...selalu juga dia bertanya....u da makan?...satu kata2 yg cukup romantis diperkatakan antara pasangan bercinta!...kadangkala geli geleman gak teman diajukan dengan pelbagai sapa yang pelik2....u sihat?...i dah lama tak tengok u...u ok?...walaubagaimanapun saya tahu rakan akrab saya ini cukup merindui saya...oleh yang demikian, saya meluangkan masa menemani beliau untuk makan dan minum diluar...maka..berceritalah beliau akan sahamnya,untung ruginya, harta wang ringgit terkumpulnya.....serta ...jodoh...kadangkala suaranya agak kuat....satu kedai sama-sama akan mendengar!..

Walaupun saya mengakui dirinya ditangga teratas di shahputra sebagai 'orang yang paling sihat'...namun masih ada yang mencintai dirinya...oleh kerana tidak sehaluan dengan beberapa perkara yang dibincangkan...sebagai protes...maka saya selalu mengambil keputusan untuk terus meninggalkan beliau di kedai keseorangan, oleh yang demikian, beliau terpaksa mengambil teksi untuk kembali semula ketempat kerja....sebagai sahabat akrab...beliau selalu menganggap saya tidak sepatutnya melakukan sedemikian....Namun beliau masih tidak serik2 mencari saya lagi hingga hari ini...

Hari ini saya akui bahawa itulah sahabat sebenar...tidak kira umur, bangsa dan agama...tapi tidak wang!!...dan yang pasti pada masa akan datang ...saya pasti akan merindui diri beliau!


Teringat saya ketika melangkah masuk buat pertamakalinya ke shahputra....cik madi tengok2la apa yg patut...spontan saya menjawab...saya pun bukan pandai sangat...takpe2 cik madi kan orang lama....dengan diam saya tersenyum....

Beliau merupakan sayap kanan saya emasa saya mentadbir program UITM di kolej shahputra yang kini dinaiktaraf sebagai University College of Shahputra atau UCSA. Walaupun dia tidak seakrab rakan2 saya yang lain, namun beliau sering pening kepala atas Bossnya itu. Lalu kalau menyebut kolej ini, terus terlihat kelibat Zura sebagai teraju utama semasa saya berada disana. Bukan itu saja malah kebanyakan kerja dengan pihak tertentu banyak disettlekan oleh beliau, manakala bossnya itu sibuk melayani karenah para2 sahabatnya yang tak putus kering kunjung kepejabatnya seorang demi seorang....sehinggakan sering bossnya itu tidak berada dipejabat atau kepenatan melayan rakan2 kongsigelapnya itu.

Walaubagaimanapun begitu... saya cukup berterimakasih pada zura kerana beliau satu2nya pekerja tekun sebagaimana pembaca berita impian saya suatu ketika lalu...Hjh Wan Chik Daud yang tiap2 hari muncul skrin tv hitam putih bersama Harjet Singh Hullon atau Allahyarham Hashim Embi . Beliau lebih banyak mengetahui peristiwa semasa terkini yang berlaku di UITM dan kolej dari pada bossnya itu...sebab itulah jika inginkan peristiwa terkini...lekas2lah merujuk kepada beliau. Walau pun begitu...kehebatan beliau mengupload peristiwa terkini, komen semasa, menu masakan terkini beliau, melalui facebook memang tidak disangkal lagi....kul 2 atau 3 pagi pun zura masih dipaparan skrin on line dan tetap setia menjawab segala pertanyaan dan kadangkala pertanyaan itu merupakan pertanyaan2 bodoh (ujar beliau) ...seperti...zura.. petrol yg mana bas kolej pakai ?...majun apa yang terkini??...zura, boleh tak juai satay kat kolej..erkkkk dan paling malang......zura...minyak angin apa yang paling best dan sebagainya...keadaan ini sekali skala memperlihatkan beliau sakit kepala, muntah2 dan katanya hyper tension dan saya selalu menjadi mangsanya hingga suatu ketika beliau ingin menikam saya dengan menghunus pisau lipat di ketipkukunya terus keperut saya....Nasib baik... keadaan itu sempat dicoolkan oleh ina sebagai rakan sekerjanya.....timakasehhh inaa yangg coooooolll.

Atas ketekunan, kesabaran dan pengetahuan serta minat yang ada....Semoga tidak mustahil suatu hari nanti beliau merupakan 'orang penting' firma utama 'netsosial' langganan awam di negara ini kelak!...atau lebih baik lagi jika dia menjadi francaiso utama Secret Recipee di suatu cawangan terbaru....Bossss tunggguuuuu....hehe!



6 comments:

::Azura Rahman:: said...

Assalamualaikum boss.. sesungguhnyer bergenang air mata saya membaca nukilan ikhlas boss ni.. walaupon ada kata2 yg sy rasa tersgt la kelako.. ekeke..

sesungguhnyer pengalaman dgn boss sy x akan lupekan.. and u're my special boss i ever had.. thanks sudi jadik boss sy utk beberapa semester.. dan sy tidak pernah merasakan boss menyusahkan sy walaupon boss jarang berada di pejabat..(ni bukan bodek tp citer benar)..

sy doakan boss berjaya dlm bidang yg boss minati.. jgn lupe kan saya dan kawan.. will miss u a lot.. huhu..

Love said...

bos... kelakor la bos! nak sedih sebab bos pegi pun tak jadi pas baca nukilan tu..

Good luck bos! Apa-apapun org kata, bos tetap best! mana ada bos yg sempurna..yang ada best atau tak je..

Bos... sempat lagi kalau nak tarik balik surat letak jawatan tuh... Muahahahahahaha.

mohamad ismadi sallehudin said...

heheh

dibjaku said...

en maddiii... saya nak lah dibuat sketch nan kelako..
tapi bagian dR lim betul2 kelakoR!! haha

xoxo

mohamad ismadi sallehudin said...

nanti ada yg kepingin dib!

::Azura Rahman:: said...

boss.. sketch tu real ke hanya kt PC?.. sy ni bute seni.. huhu..