Thursday, April 28, 2011

Teater- REBAB BERBISIK., satu pengakuan pondan!!


Malam tadi saya berkesempatan menonton teater yang telah diarah oleh Saudara Rahimi Din, REBAB BERBISIK, jejaka diam yang berasal dari Kelantan serta merupakan orang penting di Jabatan Kebudayaan Pahang suatu ketika lalu. Saudara Rahimi Din merupakan salah seorang peminat karya2 saya sejak saya belajar di Universiti lagi.

Saya pergi… kerana desakan beliau untuk turut menonton…saya pun tidak memahami serta apa yang dikatakan ‘teater monodrama’…jadi agak lewat saya sampai ke auditorium Jabatan Kebudayaan Negeri. Penonton semakin ramai datang…dan akhirnya audi yang boleh menempatkan kira-kira 200 orang penuh sesak sehingga ke tangga.

Mungkin nama teater dari Istana Budaya dan masuk free jadi tag utama ditambah lagi masyarakat Kuantan yang kian celik seni setelah bosan diperbodohkan dengan aktiviti malam yang tidak sihat di sekitaran Kuantan serta pelbagai acara maksiat serta pameran brocantik hingga ke pagi…jadi ramailah muda mudi insaf, pencinta seni yang mengambil kesempatan untuk bertandang….Dalam perjalanan..dalam hati ada juga keinginan untuk cuba membandingkan teater terdahulu yang telah saya saksikan!...

Saya sahaja duduk dibelakng sekali sebab senang nak keluar…malang sekali Rahimi pula duduk disebelah saya..demikian...Bermula laa….berbunyila mentera makyong tak kurang 10 minit ….kecikkkkkje saya tengok Rahimi yang tersenyum duduk dalam kegelapan di sebelah saya…sesekali agak khusyuk…apalaaa mamat ni buattt…yang pasti penonton pun tidak faham apa yang dilagukan dalam bahasa sanskrit madanie!....tapi buat2 faham sebab dah duduk dalam gelap... Betullah kalau saya memesan rakan saya untuk bawa popcorn sekiranya datang…memang BOSAN!!!....

Ditambah lagi dengan liuk lentok keluhan makyong!!....weeeeeiiiii awwweeeee demoooo bilooooonak kelikkkkkkkweeeee....alamakhai…rasa nak balik… sesekali terfikir...kang apa pulak member cakap!!..sebab member, jadi saya terpaksa tunggu sehingga teater selesai. Kira2-kira 30 minit pertama berakhir…penonton di beri gula2 dengan kehadiran 2 pelakon berpakaian cina bukit berpesta...menari...ala opera cina dan sesekali gaya meraikan kedai salon yang baru dibuka..!!….alamakkkkhaiiii…1 Malaysia la pulak ni...terdetik hati saya…apa mu buat ni mie??...namun ada juga pandainya Rahimi ini mencelikkan mata penonton apabila dia cuba menyelitkan aksi.....

Seterusnya…Penonton sudah mula kembali ceria sewaktu pelakon utama, saudara Rosnan Rahman…agak hensem dan montok, seolah bersahaja berinteraksi bersama penonton sehinggalah ke saat memanggil salah seorang penonton untuk menari bersama….sungguh menggamat suasana…keputusan saya untuk teater ini:5 star!!…Memang besstttt….saya nak cerita pun tak tahu sangat sebab agak hayal separa masa pertama….sedih dia …macam Hiroshima kena bomb!!,sungguh syahdu.sekalung Tahniah juga saya berikan kepada pelakon utama, Rosnan yang begitu BIJAK berinteraksi serta boleh menyampaikan cerita, serta miming lagu secara solo dengan hebat….cukup HEBAT!!...rasa…seperti saya jadi pemilik kelab dangdut!!

Kalau berpeluang….tengokla …cukup TRAGISS!

Tahniah dan Terimakasih untuk pihak Istana Budaya, Jay Jazuil Entertainment dan semua warga kerja TEATER BILA REBAB BERBISIK…serta Jabatan Kebudayaan Pahang…untuk mu Rahimi…bila nak buat pulak cerita....Bila Patin dah Tiada Lagi, anyway...I’m proud of u!!...TABIKK!!

0 comments: