Drawing: Balai Seni Lukis PahangMemperkatakan Balai Seni Lukis Pahang adalah sebagaimana kedai makan ala masakan rahsia kini iaitu Secret Recipe yang telah hilang menu cheese cake nya.
Bermulanya pada tahun 2006 dibawah tampok kuasa seorang exco Kerajaan Negeri Pahang yang ingin memartabatkan seni di kota Kuantan sebagaimana kota Paris. Cita-cita ini akhirnya menjerumuskan ramai seniman zuhud dan pihak yang mungkin tidak berdosa terlibat sama didalam kancah politiksnya. Faktor masa…. sebahagian ahli2nya telah meninggal dunia dan telah pergi buat selama-lamanya! Hanya beca batik menjadi saksinya!

Hanya sebuah rumah kosong ala2 rumah banglo pembesar pemerintahan colonial, banglo 2 tingkat ini berupaya menempatkan serta mengumpulkan ramai peminat seni serta pelukis dari pelbagai pelusuk negeri ini. Banglo yang kadangkala dilihat ala rumah misteri ini selalunya dipercayai berhantu oleh para penduduk sekitar malah tanggapan ini telah dipersetujui oleh para pemburu hantu terkenal masa kini- ‘seekers’.
Walaubagaimanapun sehingga pada hari ini, mungkin amalan agama yang begitu kuat dalam diri saya…maka saya masih lagi belum berketemu dengan rakan serumah mak limah itu. Dan saya tidak mengimpikan untuk bertemu beliau…tidak sekali!
Berbalik pada kisah sensasi susur jalurnya…..siapa sebenarnya yang empunya Balai Seni Lesu ini??(panggilan manja yang diberikan oleh para penggiat seni di Rajawali)….sebenarnya, ianya ditubuh diatas kuasa dan sakti yang ada pada wanita perkasa ini…bermatlamat bagi menceriakan seni di negeri ini. Setelah Negara memerlukan kuasa saktinya secara mendadak …maka beliau berhijrahlah ke Negara itu, …..lalu..usaha dilakukan merujuk keperingkat atasan negeri bagi mengetahui hala tujunya, matlamat , pembiayaan dan sebagainya.. akhirnya membuahkan kegagalan sejati dalam diri pejuang2 berani mati ini.
Beca Batik hasil karya Tuan William yang menjadi kegilaan Ramai...telah digunakan untuk iklan Hari Raya 2008 dan dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara. Selepas dibicarakan sebagai tuntutan harta sepencarian oleh pasangan suami-isteri di Kuantan, kini beca ini telah diserahkan kembali ke Balai Seni Pahang. Beca ini dijumpai dalam sungai seperti tukun buruk suatu ketika lalu di Baserah.Kebanyakan mereka yang berkaitan berkata… ia dibawah urusan Majlis Kebudayaan Negeri Pahang…setelah dirujuk, katanya….bukan …Balai bukan berada di bawah kami…dan paling ralat sekali peneraju pelancungan negeri dan kebudayaan negeri cuba sesekali menjenguk...kut-kut masih hidup lagi para2 seniman harapan negeri didalamnya….belum sempat berdiskusi …beliau hanya sebentar sahaja bertenggek dipintu kereta, kemudian…beliau terus beredar…katanya saya tak boleh lama2 disini….rasa gatal2 badan!....
Paling malang….kemana arah untuk mengadu bagi membiayai ketiga2 mereka yang telah dilantik, mereka tidak pernah bergaji dan peliknya masih lagi setia berada di Balai….(orang Pahang la katakann)…Setelah sekian lama bertahan…akhirnya para pejuang landasan keretapi maut ini akhirnya mengambil keputusan untuk membiayai kehidupan dengan menjual ikan masin bagi menyara keluaga serta ada antaranya mengagihkan surat khabar pada waktu pagi…Dengan demikian ada dikalangan mereka yang bersumpah… tidak akan ada 7 keturunan beliau selepas ini yang akan memegang berus lukisan dari saiz 0 hingga 7 lagi!!...
Panorama yang cukup membahagiakan di Balai Seni Lukis Pahang pada suatu ketika lalu.Sempena Hari pemergian Osama ini ingin saya memperkenalkan mereka2 ini yang suatu ketika nanti sekiranya ada anugerah tertentu mengenai seni , maka mereka inilah yang perlu dinobatkan sebagai Seniman Unggul Pahang atau Seniman Seumur Hidup!... Bukan seniman menangis erk!
antara mereka2 itu adalah….
Penolong Kurator
Beliau merupakan seorang yang cukup berbakat dalam segala bidang kesenian dari kanvas mahupun berkomputer…Begitu tinggi semangatnya untuk berbakti ditanahairnya….pulang ke Pahang untuk berseni…anak murid kesayangan Hasnol Jamal Saidon (pengkritik seni Negara) ini bertahan hanya beberapa bulan sahaja setelah kehadirannya agak kurang diterima dan dicemuh dengan kata2 yang menguris hati dan perasaan oleh yang empunya Kuasa itu….walaupun beliau telah berupaya membuktikan kehebatannya sebagai mentor dan menunjukajar para penari Pahang.
Pemergiannya dari balai Seni ini agak menyukarkan semua pihak, kerana beliaulah satu-satunya yang diharapkan dalam soal makan dan minum para pekerja lain….beliaulah pereka logo Balai Seni ini dan kesukaran yang dilalui ini dianggap sebagai asam garam dalam kehidupan seorang seniman. Sebagai anak kampong yang berjiwa besar, beliau selalu berada di kampungnya pada sebelah pagi dengan menolong atoknya menoreh getah. Minatnya yang tinggi terhadap seni , beliau sanggup berulang alik dari kota Maran ke Kuantan hampir setiap selang 2 hari. Beliau juga adalah pelajar senireka terbaik penglibatannya dengan aktiviti pengakap dan kegiatan kebajikan lain di USM dan merupakan calon pensyarah muda untuk university berkenaan.
Kini beliau merupakan salah seorang dari tenaga utama di sebuah institusi Pengajian Tinggi di Kuantan.
Pelajar MRSM Kuantan yang sering mengadakan pelbagai kegiatan seni termasuk berpameran
Residen Artis
Terkenal sebagaimana pelukis tersohor, Ibrahim Hussin di Kuantan…mempunyai rupa dan gaya berpakaian juga gaya Ib!...beliau berketurunan inggeris-siam…jelas dari raut namanya….
Beliau juga merupakan pelukis produktif yang sering dicanangkan namanya dalam apa juga acara kesenian di Kuantan. Kebolehannya melukis tanpa merujuk mana2 gambar menjadi kelebihan utama diri beliau disamping boleh berkomunikasi dengan gambar yang dilukis!. Kebolehan ini sentiasa dicemburui oleh para pelukis lain di sekitar Kuantan. Jangan cuba untuk memberi pandangan atau ‘komen’ terhadap lukisan beliau…..kadangkala ada juga dia cuba bertanya kepada para pemerhati….ok tak?...nasihat saya….katakan saje… ok cantik!..maka terus beliau akan menyapa anda untuk minum bersama , sebaliknya jika anda cuba berkata tidak walaupun anda berkata benar, berpandangan ikhlas dan mulia….terus saya katakan disini, yang anda cukup malang sekali anda kerana anda akan dikeji selama 2 bulan!.
Walaubagaimanapunbegitu, beliau adalah orang yang cukup disayangi oleh yang punyai Kuasa itu…. Kadangkala kesetiaan beliau agak pudar jelas terlihat dimatanya apabila beliau menceritakan tentang layanan majikan terhadapnya. Namun sejak akhir2 ini saya agak khuatir kerana kebanyakan kerjayanya telah cenderung kepada upacara kebatinan yang sering diadakan diatas tilam mewah saya di Balai tersebut.
Kegiatan Seni pada setiap hujung minggu yang disertai oleh pelukis sekitar Kuantan.
Pelajar Praktikal
Sebagaimana biasa kadangkala balai seni ini akan didatangi oleh para pelajar UITM yang ingin berpraktikal. Saya kira ia satu pilihan yang tepat!...hingga kini, 3 pelajar yang telah melalui zaman keemasan di Balai ini dan ternyata mereka ini adalah star dalam bidang mereka pada hari ini. Salah seorang yang ingin dinyatakan disini adalah yang kini menjadi pakar rujuk di sebuah galeri yang terkemuka dan ter internasional di K.Lumpur! Syabas buat beliau….
Manakala seorang darinya telah lama menghembuskan nafas terakhir…alfatihah buat Allahyarhamah.
Pekerja Sukarela
Pekerja sukarela yang dimaksudkan disini adalah terdiri dari mereka yang dikategorikan sebagai OKU…yang benar2 berminat tanpa paksaan berhijrah dari kampong halaman semata untuk menggilap bakat yang ada…ternyata hasrat murni mereka telah dimakbulkan. Kini salah seorang darinya telah menjadi seorang blogger terkenal dengan blognya yang semakin sensasi… dibawah mentor sensasinya saudara AJ.
Keputusannya…
Salah satu pameran sensasi oleh pelukis dari Canada dan MalaysiaKini Balai Seni Lukis Pahang bukan hanya sekadar rumah seni, bahkan ianya telah menjadi tempat persinggahan atau ‘one stop’ kepada ramai jejaka bermasaalah mahupun kalangan pelukis Pahang yang tertinggal bas!. Sesungguhnya jika mereka2 ini berone-stop seketika disitu, pelbagai memori indah akan dilalui semula…..kehidupan yang bebas, aman damai, ada air-cond dan amat seronok jika berbicara dibawah pokok misteri di hadapan Balai ini. Jika anda berada disana pada waktu malam seperti anda bersantai sambil pekena kopi jantan di persisiran lorong di Casablanca!.
Zainal A. Shamsuddin merupakan salah seorang videographer tv3 suatu ketika lalu.Beliau meminati seni sejak berkunjung ke balai ini dan kini merupakan pengkarya sepenuh masa serta banyak menghasilkan sculptor dari bahan buangan. Beliau juga dalam perangkaan akan menerbitkan sebuah filem yang akan mengisahkan Balai Seni ini dalam masa terdekat ini.
Setelah sekian lama, barulah saya mengerti…kenapa tiada pihak yang mengambil peduli akan Balai ini…Kini…segala rahsia sudah terjawab….segala yang disediakan memang cukup menginspirasikan anda..
Kini seusianya, balai ini telah dikunjungi seketika dengan artis dari pelbagai pelusuk dunia…dua darinya dari Canada dan Switzerland….Cuma anda perlu berbahasa inggeris ketika berkomunikasi di sini…dan sudah pasti anda akan jemu melihat kelibat mereka. Minggu depan akan ada kunjungan seni wati kontemporeri dari Uganda yang akan bersama berkongsi seni.
Kenderaan mewah Range Rover yang telah disedekahkan oleh salah seorang pelukis pahang untuk kegunaan Balai Seni Pahang
Terimakasih kepada Kerajaan Negeri yang cukup prihatin atas masalah ketiadaan tempat untuk seniman berteduh!...tiada lagi hentakan meja dan hembusan nafas di mikrofon seperti selalu yang mengatakan kami mahu ini kami mahu itu….kini cukup luas dan sangat selesa…cukuplah berbekalkan 2 komputer meja, 2 almari kebal, 8 biji air-cond, 40 unit spotlight dan satu tandas mewah….saya rasakan sudah cukup memadaii!...hanya seniman sahaja yang mula mengimpikan pelbagai2 kemewahan yang tidak sepatutnya disediakan seperti bot mewah 400 kuasa kuda, (kerana kedudukannya di sebelah sungai Kuantan), 2 ekor kuda untuk aktiviti santai dan polo, mesin bancuhan warna automatic menggunakan remote!, kerusi sandar elektronik , hidangan roti jala pada setiap hari Jumaat, apple paint dan pelbagai lagi. Saya rasa keadaan ini tidak disediakan oleh mana2 Balai Seni Negara mahupun Balai Seni negeri2 yang lain melainkan di Balai Rong Seri…….
Para2 peminat kami, Dato seri, dato2 Tuan/Puan serta para sahabat…..Dengarlah rayuan kami ini….Jangan jadikan Kuantan sebagai Bandar kimia…….CUKUPLAH DERITA KAMI!!


1 comments:
lorr...aku taktau pulak yg beca tu harta sepencarian eh? erm, penutup tu kurang lazat...aku suka kimia2 ni, my chemical romance gitu, ahaks!
Post a Comment