Sunday, May 1, 2011

Mural MPK: Terminal Makmur : Tinggal Kenangan

Tersentak saya apabila lalu merentasi stesen bas ekspres Kuantan - Terminal Makmur...masih kelihatan tersergam indah kenangan lalu para pelajar bertungkus lumus menyiapkan lakaran mural...namun apa yang dapat adalah...satu kontroversi kerja,....

Untuk pengetahuan semua...projek ini merupakan projek pelajar dari Diploma Komunikasi Media UiTM/Shahputra-satu projek yang harus dilakukan bagi melengkapkan Diploma mereka.

Saya juga terharu kerana projek ini pada awalnya dibiayai oleh sebuah agensi gergasi perlancungan Pahang. Setelah siap...apa yang terjadi adalah sebaliknya...projek ini tidak luluskan dan gagal dibiayai kerana ia langsung tidak memenuhi criteria yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut yang katanya lagi lakaran berupa kartun bukan hasil seni dan tidak lagi sesuai pada zaman millennium ini untuk diletakkan disitu. Beliau dengan tegas menafikan yang kartun sedemikian tidak boleh menarik perhatian ramai....Itulah komen dari seorang pengarah perlancongan negeri yang begitu hampa melihat hasil akhir lakaran para pelajar walaupun dia menyedari pengalaman diri beliau merupakan jurulatih terbaik pasukan basketball wanita Daerah Triang!..suatu ketika lalu.

Walaupun begitu....saya mengucapkan Tahniah pada semua guru serta para pelajar beberapa sekolah sekitaran Kuantan-SMK paya Besar, Air Putih dan Teluk Chempedak kerana bersengkang mata, tepu menyedut asap pun sempat lagi menerus dan menyiapkan lakaran yang dibenci ini. Kepada para pelajar dari Diploma senilukis uitm shahputra yang memantau perjalanan projek ini –Terimakasih...anda sungguh memberi komitmen yang baik terutama tekong program tersebut- saudara Aliff Tan Sri Azman yang setia berkorban diri. Kepada para pereka fesyen dan rekaan industri yang menyertai program ini dengan ikhlasnya walaupun saya tahu kerana terpaksa, saya memohon maaf kerana apa yang dilakukan ini mungkin kesalahan besar bagi saya....tidak ada sangkut paut dengan mereka!...saya tidak tahu dengan menyertai projek ini...tentu tidak bersesuaian dengan taraf atau kasta diri mereka-berpeleseran di kaki lima...atau lebih buruk lagi....mungkin usaha ini akan meluruskan tulang belakang mereka yang telah lembut itu...mohon maaf.

Bagi pihak Majlis Perbandaran Kuantan... saya cukup berterimakasih atas kerjasama, komitmen, ruang dan peluang yang diberikan bagi mencantikkan terminal ini.

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh kita ini mungkin dianggap sampah dan menyemakkan oleh mereka2 yang cukup arif mengenai pelancungan negeri ini dan pihak penerbangan Air Asia terutamanya,.. Dato Sri Tony Fernandez...anda tidak lagi perlu meletakkan lakaran kartunis Lat pada badan pesawatnya kerana ia tidak lagi membantu usaha murni anda menggalakan kemasukan pelancung ke Negara ini!....mungkin yang lebih sesuai gambar kerbau luka digigit pacat atau ikan patin berwarna emas!!

0 comments: