Wednesday, May 11, 2011

UCSA- satu pengakuan..."Bila Seluar Tak Ketat"






Hari ini saya berkesempatan untuk bersama meraikan para pelajar saya yang akan berjuang sempena Sukan Kolej2 Bersekutu UiTM di Melaka pada hari lusa . Untuk merasai bersama kehangatannya saya pun sempat bersama….

Saya tahu walau pun saya tidak pernah menyertai mana2 acara sukan sejak di pangkuan kerja, walaupun segelintir dari rakan2 saya mengetahui saya adalah jaguh angkat berat Pahang suatu masa lalu, namun semangat kesukanan dalam diri saya tidak pernah luntur, oleh itu…saya adalah orang yang kedua hadir pagi2 buta lagi kepejabat untuk sama meraikan semangat berpasukan ini.

Tetiba saya di dewan… saya agak terkejut dengan kehadiran ramai pelajar serta mereka yang berkaitan….barangkalai tokeh2 kuantan yang lembut hati turut member sponsor pada pelajar2 ini. namun mereka ini bukan terdiri dari kaki main kuda sebagaimana bookey yang sanggup menaruh wang untuk tujuan perjudian….sebahagiannya saya kenal….selalu bertenggek dikopitiam sehingga larut malam!.

Semestinya menyebut Kolej Shahputra yang kini di kenali sebagai UCSA(Universiti College of SHAHPUTRA) adalah menjadi satu kegerunan bagi kolej2 bersekutu UiTM lain dalam acara sukan sebelum ini. Kolej ini juga telah memenangi juara keseluruhan acara 3 tahun berturut-turut. Dengan itu, banyaklah mereka2 termasuk chef de mission dari kolej lain yang cukup meluat , berdengki serta mambantah akan kehadiran UCSA ini….

Berbekalkan logo baru…sebagaimana yang dicanangkan oleh barisan pimpinan kolej….logo tersebut berasal dari 2 naga- iaitu tasik chini dan naga pekan yang sedang bertarung….dan lebih jahat lagi…pandangan sisi naga yang sedang menjelir …seolah menjelir akan pasukan yang akan menentang mereka!...katanya…WWauuu!!! cukup tepat semangat dan gambaran konsep yang dipaparkan pada logo baru berkenaan. Malangnya apabila saya bertanya kepada pereka yang sangat terkenal itu..En Sukairi..(beliau merupakan BOD kumpulan seniman RAJAWALI) serta kebanyakan hasilan seni nya selalu memaparkan kekontroversian ….nyata apa yang dikatakan oleh pimpinan ternyata berbeza…kata Sukairi.....eheemmm... asal logo tersebut sebenarnya ditiru berdasarkan minyak angin low-low pang-iaitu sejenis minyak angin tradisional masyarakat cina!...satu minyak angin yang cukup berkesan!...Walaubagaimanapun…ikhlas saya ucapkan SYABAS kepada beliau atas rekaan yang cukup menarik itu…..walaupun sesekali terlihat seperti imbasan logo sejenis tembakau jawa berprestij dipasaran….sesekali.

Melihat keadaan ini…saya rasakan UCSA akan tetap Juara….tentu soalannya Kenapa?? …saya ada bukti2nya…berikut saya dedahkan sebahagian rahsia mereka….

Saya ingin memperkenalkan orang2 kuat dari kumpulan naga2 ini….

Walaupun penampilan beliau kelihatan seperti pegawai Kastam Diraja, namun beliau adalah seorang ustaz yang berkelulusan dari Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan seorang yang cukup dikenali di kampong saya terutama apabila Aidilfitri…kerana ramai kalangan makcik pakcik yang akan bertandang kerumahnya ingin meminta nasihat tunjukajar terhadap anak2 mereka yang bebal, termasuk mereka2 yang masih tidak bertemu jodoh….Beliau juga berkebolehan dalam bidang berkenaan dan merupakan seorang yang cukup berbangga dengan koleksi buku Himpunan Doa-Doa Makbul dalam pelbagai bahasa.

Ternyata walaupun pada sessi membaca doa untuk kejohanan sukan sekalipun …namun, tetap ada di kalangan mereka2 yang menitiskan air mata. ..kerana mungkin ada rasa sesal dan bersalah di kalangan mereka yang berniat untuk tidak akan bermain bersungguh!!...hanya pergi makan angin sambil mengambil gambar di A Famosa!...Kebolehan beliau dalam berdoa ini telah disedari oleh pihak2 di JAIP(Jabatan Agama Islam Negeri Pahang) . Kini beliau merupakan salah seorang penceramah agama yang selalu diundang keudara di Radio Pahang. Jika kalian berkesempatan bolehlah mendengar suaranya di Radio Pahang pada tiap hari Jumaat kira-kira jam 10 pagi melayan setiap kemusykilan negeri. Dia cukup disayangi oleh ahli BOD UCSA….saya tidak tahu kenapa??.....

Beliau yang kedua dimaksudkan oleh saya adalah….Nampaktak??...dia dalam gambar diatas, (yang memakai baju biru dan berkolar putih ) yang sedang memandang jahat kearah kita ….seolah saya berdosa besar serta beliau amat terkilan apabila beliau mengetahui saya tidak dapat mengambil bahagian lagi dalam acara kegemaran saya….”Badminton Berirama” pada kali ini. Sungguh bertuah bagi mereka yang sempat menyaksikan pesembahan saya lalu!

Liverpool adalah pasukan kegemarannya….saya pernah tertinggal feri semasa lawatan kami ke UK suatu ketika lalu semasa dalam perjalanan dari Liverpool ke Belfast….perkara ini terjadi....memang salah dia....saya tertinggal gara-gara perlakuannya terlalu lama membuat penawaran harga serta asyik mempertikaikan ketulenan sekeping topi merah buatan cina yang berlambangkan pasukan kegemarannya... Liverpool….hari ini saya memaafkan kesalahan beliau itu..Untuk pengetahuan para pembaca, Beliau merupakan seorang yang cukup strategis bagi merancang permainan pasukan bolasepak lelaki serta footsal wanita kolej. Pernah beliau cuba untuk berinovasi dengan mencampurkan pemain wanita dan lelaki dalam satu gelanggang tetapi perkara ini telah dilarang keras oleh rakannya yang berstatus ustaz. Saya setuju...kalau dikatakan..pengetahuan dan pengamatan beliau memang cukup mantap dalam bolasepak. Kehebatannya memang telah terbukti pada suatu ketika, pasukannya tetap menang walau hanya bermain dengan 5 pemain sahaja dalam suatu perlawanan bolasepak….dan yang anehnya kebanyakan perlawanan yang dihadiri oleh beliau..para pengadil akan keluar padang terhangguk2 seolah patuh mendengar nasihat dari beliau setiap kali sebelum perlawan.

Seterusnya memperkenalkan seorang lagi aktivis masyarakat ini yang sering terlibat dalam apa juga jenis sukan yang dianjurkan di sekitaran Kuantan. Setakat ini beliau juga sering dilihat berada dipadang MPK2 yang sudah terkenal oleh TV3 itu dengan acara Jom Heboh. Dari aktiviti dalam dewan sehingga kepada senaman ringan kalian akan tidak ketinggalan melihat kelibat beliau. Beliau juga merupakan bekas penerjun payung aksi utama yang suatu ketika lalu pernah ditubuhkan di Kuantan, Bandar Sri Kimia.

Walaubagaimanapun aktiviti tersebut telah mendapat tentangan awam serta tidak dapat perkenan dari pihak istana. Kini beliau telah beralih arah kepada sukan yang agak selamat yang menjadi kesukaan ramai. Seorang Rakan saya menceritakan kepada saya yang beliau hampir menemui ajal sewaktu sama berpasukan dengannya dalam satu perlawanan persahabatan tarik tali yang dianjurkan pada suatu pesta sukan suka2 keluarga kolej di Cherating suatu ketika lalu….walaupun beliau telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak melakukan sebarang aktiviti berat yang membahayakan dirinya. Namun rakan saya ini cukup bernasib malang, beliau telah berada bersama dengan sepasukan yang diketuai oleh beliau. Beliau sangat hebat dalam berkata-kata terutama dalam memberi semangat!.Semangat yang ditaburi seakan kita tidak akan ingat untuk mati esok hari!...semangatnya cukup2 membara…..sebagaimana kata2 pasukan juang rejimen renjer….Agi Idup Agi Ngelaban!

Eloklah diketahui ramai.....Saya cuba untuk mengambil gambar tepat muka beliau….tapi gagal…(dia yang Berkacamata, tunduk yang paling hampir).Cukuplah sekadar melihat kelibatnya dari tepi belakang sebagaimana foto diatas. Beliau merupakan seorang Doktor perawat khusus bagi pemain badminton Indonesia yang terkenal suatu ketika lalu…iaitu Taufik Hidayat serta Sony Dwi Kuncoro pemain keempat senarai pemain terbaik Badminton Indonesia. Kini beliau telah berkhidmat di UCSA. Penglibatannya dalam dunia perubatan kepada ahli sukan memang cukup terkenal di Indonesia. Sebut sahaja Dr. Amorn Sudarno…siapa dikalangan masyarakat indon di Malaysia yang tidak kenal beliau. Penglibatannya yang terakhir adalah pada Kejohanan Super Series Terbuka Indonesia 2009. Merupakan seorang yang cukup kontroversi dalam bidang kesukanan Negara Indonesia kerana beliau pernah digembar-gemburkan melanggar kontrak dengan penaja utamanya...Djarum. Beliau akan mengetuai pasukan paramedic UCSA-untuk sukan kali ini. Mungkin beliau akan mengetahui akan urat mana yang sepatutnya berfungsi dengan sebaik-baiknya! ….Katanya Misbun Sidek juga pernah berjumpanya diKuantan suatu ketika lalu untuk mendapatkan rawatannya.....permisi ya Pak!!

Gambar seterusnya menunjukkan ketiga-tiga tenaga pakar dalam Kesihatan Badan. Wanita paling kiri merupakan orang lama yang tidak perlu saya perkenalkan dalam sejarah sukan tanahair. Merupakan saingan hebat kepada jaguh pecut Negara suatu ketika lalu, Zaiton Othman terutama dalam acara balapan. Beliaulah merupakan pembentang utama kertas kerja Pengharaman Aktiviti Yoga bagi wanita muslim di Malaysia. Kini beliau dianggap sebagai ‘ibu’ kepada para athlete dari kolej ini. Kadangkala penampilannya agak meragukan saya kerana beliau sering menceritakan kebolehannya pada hari ini meletakkan kepalanya di dalam mulut buaya!

Dengan Semangat kesukanan dan jatidiri yang ada, kini beliau dilantik sebagai Chef De Mission UCSA….SYABAS untuk beliau!

Manakala yang bercekak pinggang di tengah gambar itu....Merupakan pemanah tepat suatu ketika lalu….saya tidak pasti dalam pasukan pemanah mana yang beliau wakili..setahu saya beliau cukup meminati filem2 klasik seperti…Ayat-ayat Cinta, Sangam dan Robin Hood!...atas faktor usia, kini panahnya sering tersasar diakibatkan penggunaan eye-mo yang agak berlebihan….

Walaubagaimanapun UCSA tetap memberi penghargaan yang tinggi kepadanya kerana beliau sering diwacanakan sebagai inspirasi sukan di UCSA!...Minat beliau sejak kecil menggunakan pakaian berjenama sukan walaupun pada waktu tidur sehingga pada hari ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Oleh kerana minatnya yang cukup mendalam ini, beliau memiliki sealmari koleksi barangan sukan berjenama terkenal dirumahnya. Dia juga memiliki koleksi kebanggaannya iaitu baju berjenama sukan terkenal yang telah dipakai oleh Ratu Rock Negara, Ella sewaktu artis ini menyertai larian amal di Kuantan suatu masa lalu. Beliau juga berkebolehan dalam mengenalpasti ketulenan serta jenis mana-mana minyak wangi di pasaran yang dipakai oleh mana-mana athlete sekiranya beliau terhidu bau wangi sewaktu di gelanggang. Anda jangan pelik sekiranya dia menyapa anda....pakai odorono ye??...baik anda senyum sahaja sambil tunduk mengiakan, kalau anda tidak sanggup berpanjang cerita dengannya. PUMA tetap menjadi jenama barangan sukan dan pakaian yang menjadi kegemarannya, walaupun beliau cukup mengetahui susurgalur asal keluarga Puma tersebut yang dikatakan berasal dari keturunan Israel Jerman!....katanya kalau PUMA menghasilkan kain pelikat…beliaulah orang yang pertama akan memilikinya.

Saya sering meminta nasihatnya untuk mendapatkan pakaian sukan yang sesuai untuk aktiviti lasak saya!....Seperkara lagi…beliau sering menyalahkan penggunaan alatan serta pakaian sukan yang tidak sesuai seperti angin susah keluar dari seluar, kasut tak behh-brek tak makan, seluar tak ketat, tali reket berbulu-harus di ganyang dengan lilin-(amalan suatu ketika dahulu), stoking yang kainnya tak mengelembu bila sepakan bola tidak masuk ke gol lawan dan sebagainya…. Analisa sedemikian sering kedengaran sekiranya anda duduk disebelah beliau sekiranya pasukannya mengalami kekalahan. Kalau menang...dia cepat-cepat balik kerumah dan katanya...ada keje!

Manakala pria di belakang beliau adalah merupakan aset utama UCSA. Beliau adalah ‘Iron-Man’ Rompin!....beliau masih bertahan gelaran tersebut selama 2 tahun berturut2 sebaik sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang sukan dari sebuah universiti sukan di Kenya. Berasal dari Daerah Rompin amat terkenal sebagai sebuah daerah yang mengeluarkan udang galah dan mempunyai masyarakat asli yang ramai. Tradisinya... golongan asli tempatan akan memenangi setiap kali pertandingan iron- man yang dianjurkan, namun gelaran ini telah dirampas oleh beliau sebagai satu-satunya anak melayu yang telah memecah tradisi nenek moyang mereka! Selama 2 tahun berturut-turut.

Ada masyarakat asli yang mengembar-gemburkan beliau menggunakan tenaga lain dari makhluk halus seperti 'Jahut Kuat Lari" yang selalu dipeliharanya. Saya tidak pasti atas kesahihan tanggapan ini. Beliau juga masih bujang, sangat bersopan dan cukup bertawadduk orangnya. Saya tidak pasti selama berapa lama lagi beliau boleh bertahan di UCSA kerana beliau akan dicalonkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri N24 di daerah tersebut pada pilihanraya kali ke 13 ini….atas kekuatan itu, BN menganggap beliau berpotensi menang disana. apa-apa pun saya mengucapkan selamat Berjaya kepada beliau!

Dan yang akhir sekali untuk saya perkenalkan ialah, rakan karib saya yang saya pun tidak menyedari sejauh mana penglibatannya dalam bidang sukan…yang saya tahu beliau cukup hebat berkaraoke dengan suara terketar-ketar sapranonya!.Beliau juga merupakan seorang sebagaimana artis kesana kemari memenuhi undangan dan cenderung dalam bidang muzik…kadangkala ada juga sesekali mengadu kepada saya beliau tidak mendapat bayaran yang setimpal setelah memenuhi kehendak penganjur!..Namun ada kemusykilan dihati saya sejak kebelakangan ini…. beliau sering mengadakan meditasi di sekitar hutan kawasan kolej. Beliau juga saya kenali kerana seorang diri menentang pentadbiran UCSA menebang pokok diperkarangan kolej untuk pertambahan bangunan...katanya dia sanggup melihat pelajar belajar duduk bersila diatas tikar mengkuang dari duduk didalam kelas yang berhawa dingin!...kini beliau berkebolehan mengubat penyakit aneh kalangan masyarakat tempatan di Pekan secara batin…oleh yang demikian....UCSA telah menjemput beliau untuk turut pergi bersama dengan layanan ala VVIP. Apatah lagi pengurusan tertinggi selalu akur dengan kehendaknya sebagaimana warna cadangannya pada kali ini yang menggunakan warna kuning dan hitam sebagai warna utama ….setahu saya inilah warna yang selalu digunakan dalam istiadat perubatan tradisi!!.

Dengan demikian…sekiranya ada antara pembaca dari kolej-kolej bersekutu yang lain….kamu Jangan heran kenapa UCSA hamper setiap kali kejohanan merangkul hampir kesemua acara yang dipertandingkan. Malah pihak Fakulti Sukan UiTM sering merisik akan rahsia yang UCSA gunakan…malah mereka cuba untuk mengula-gulakan pensyarah UCSA untuk berkhidmat dengan mereka….saya rasa mereka tidak mampu untuk menawarkan gaji yang cukup lumayan kepada mereka2 ini.

Untuk pengetahuan...ada juga yang terlepas atas godaan itu....tetapi mereka2 yang telah pergi itu hanyalah terdiri dari koleksi pemain simpanan kami sahaja. Saya rasa pihak tersebut telah tersalah orang!!.

Saya rasa pada kali ini kamu akan dicincang lumat oleh mereka ini…nasihat saya…elok kamu menarik diri sekiranya anda ditakdirkan bertemu dengan UCSA atau paling selamat atau 'play safe' sahaja...anda buat2lah kalah. .awasi tingkahlaku anda ini dari diketahui oleh majikan anda! Seandainya anda diusir tengah malam oleh Cheff de Mission anda setelah mengetahui keadaan ini....Buat lah rayuan kepada pihak kami....

Kerana apa yang anda usahakan untuk Berjaya …semestinya tidak akan Berjaya! percayalah!

Saya membuat pendedahan ini bukanlah untuk 'mensaiko' mana2 pasukan yang akan bertemu dengan UCSA. Memang ada kekejaman yang akan berlaku. Latihan yang mereka lalui adalah seksaan sebagaimana tahanan di penjara Guatemala,...betullah sebagaimana yang digembar-gemburkan. Keadaan ini ditambah lagi dengan kehadiran para gadis seksi serta pasukan sorak yang sangat menyakitkan hati serta melunturkan semangat sukan kamu!. Nasihat saya ..anda jangan terpesona dengannya! . Sekiranya anda tidak bersetuju serta memperlekehkan kenyataan saya ini….silalah bertarung dengan mereka yang kejam ini. Disini saya sertakan alamat e-mel. Saya bersedia mendengar rintihan hati anda atau meluahkan rasa sakit hati anda setelah anda tewas dengan mereka…sila emelkan pada saya artismadi@yahoo.co.uk..

Pesanan saya pada yang islam…Mengucap dulu sebelum bertarung!!

2 comments:

kueh said...

logo naga tu sebijik yg MMU punye printed ad. hehehehe.

mohamad ismadi sallehudin said...

tu templet je tuh....cam tempoyak gak