Julung kalinya saya berada diperkarangan foyer Akademi Seni Budaya Kebangsaan , terlihat saya beberapa lukisan yang cukup nostalgic, mudah difahami seterusnya cuba mengimbau kenangan lalu melalui sumbangan tokoh-tokoh yang digambarkan.
Saya cuba meneliti satu persatu karya tokoh yang dipaparkan….dan tertanya karya siapa?….Secara kebetulan… saya terserempak dengan rakan lama saya, ramai yang mengenali diri beliau ini, seorang pelukis terkenal yang sangat berdedikasi…Suzzlee Ibrahim…ramai yang cukup mengenali diri beliau ini. Saya sempat mengenali diri beliau semasa sama-sama belajar di ITM pada suatu masa lalu. Seperti kasanova suatu masa lalu. walaupun begitu beliau amat meminati penyanyi Hail Amir...lagu Wajah Kesayangan Hamba selalu menjadi siulannya. Namun begitu, saya juga sangat bersetuju kalau ramai yang menganggapnya sebagai adik bongsu kepada penyanyi yang agak terkenal pada ketika itu, cukup jambu, cukup kontroversi …Rahim Maarof!...dengan itu, bahang sensasinya turut dirasai bersama oleh Suzlee. Dengan itu, beliau telah menjadi pujaan ramai penuntut wanita di ITM …kini segala itu mungkin sudah berubah…beliau kini telah menjadi salah seorang dari tenaga pengajar di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai ASWARA….sangat rugi pihak Fakulti seni lukis UiTM merelakan dia pergi tanpa sebarang bicara sahabat, Pemergiannya itu akan dikenang buat selama-lamanya.
Baru-baru ini, beliau telah dianugerahkan sebagai tokoh seni…. Anugerah Seni Citra Kencana 2010. Saya mengucapkan TAHNIAH buat diri beliau.
Saya juga agak kagum dengan hasil yang dipaparkan oleh anak buah beliau, para pelajar ASWARA yang kadangkala panggilannya tersasar….sesekali tersebut…. ASMARA!. Kalau terlajak pula sering disebut ASWARA raiii…. Melihat suasana disini, cukup mengimbau kenangan lalu, seperti suasana sewaktu belajar di ITM yang agak ‘raw’ suatu masa lalu….kini UiTM sudah menjadi sekolah elit bagi golongan korperat dan paling tidakpun untuk golongan para melayu berada!
Ada sahaja iklan dimerata tiang poster pameran, teater, drama, filem dan pertunjukan konsert oleh para pelajar. Sehari anda di ASWARA seumpama anda berada di taman seni astakona. Sesekali terdengar suara penyanyi mendayu-dayu cuba berlagu….tetapi tentunya bukan seniwati mahupun bidadari. Disebelah barat sana sesekali terdengar tiupan seruling yang selalu mengingatkan saya bila tiba masuk waktu sembahyang. Sesekali timbul tandatanya jumlah bilangan pelajar disini…kata suzzle….kita tak ambil ramai pelajar seperti di universiti biasa, permohonan dalam website….kita ambil yang betul-betul berminat sahaja dan boleh melukis….yang penting pelajar disini bersedia untuk menjadi seorang pelukis sebaik sahaja mereka bergelar graduan!....saya cuba bertanya siapa lagi selain darinya sebagai tenaga pengajar disini? ….katanya… ada beberapa artis lain seperti Johari Said, Mad Anuar, Fauzin dan Ahmad Shukri yang menjadi tenaga pengajar sambilan disini.

Patutlah ada dikalangan rakan pelukis kenalan saya yang beria-ia benar bagi menghantar anaknya menimba ilmu seni di ‘old school’ ini….Saya rasa cukup ralat sekiranya saya tidak dapat berkongsi bersama kalian untuk melihat hasilan karya dari pelajar pengajian seni halus tahun satu…katanya para pelajar disini telah ditaja oleh pihak 'sony' dalam pembikinan arca ini.


Manakala pada 9 Jun 2011, jam 4.15 petang akan diadakan pameran solo bagi satu-satunya pelajar sulung yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang seni halus disini.
Nazmi Ismail, juga telah aktif berpameran semasa belajar dan telah memenangi beberapa anugerah anjuran Maybank, Gothe Institue dan Nandos. Kini beliau cuba mengusik para rakan karyawan diluar sana dengan menghasilkan 30 karya walaupun syarat bergraduatnya hanya menghasilkan 8 buah karya sahaja!.atas komitmen dan usahanya itu, maka pihak pengurusan ASWARA telah memberi penghormatan kepada beliau untuk mengadakan pameran solo di perkarangan Lobby ASWARA yang telah dijadikan galeri. Tiada apa yang nak saya bekalkan pada pelajar ini…Harapan saya anda akan lebih berjaya di luar sana. Untuk semua….anda dijemput hadir bersama menyaksikannya. Karya beliau ini sebahagiannya telah terjual.. Tahniah buat Nazmi. Juga buat kepimpinan dan kakitangan akademik serta sokongan di ASWARA... SYABAS terutamanya kepada otai dalam pendidikan seni, Dato' Dr. Mohd Najib b Ahmad Dawa atas banyak perubahan yang dilakukannya.






0 comments:
Post a Comment