Tahun ini juga membuka lembaran baru dimana saya HIJRAH dari pekan yang sangat saya sayangi,Kota Kuantan ke K.Lumpur. walau selama ini saya merasakan saya telah berada dipenghujung hidup saya, rupa-rupanya banyak lagi yang harus saya pelajari disini...semuanya pasal kehidupan...nyata lah apa yang dikatakan kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ini.
Namun saya tetap berSHUKUR ke hadrat Illahi selagi saya masih hidup..
Berikut serba sedikit sejarah, drama, episod 2011 saya untuk kita kongsi bersama....
KENANGAN LALU. saya bersama para pelajar nursing UiTM /Shahputra buat kali terakhir. jamuan makan malam ini diadakan di Swiss Garden Hotel di Kuantan. Semoga kalian berjaya.
SAAT GEMBIRA, Saya bertemu sahabat saya semenjak 14 tahun tidak bertemu beliau, Yusoff Majid. turut kelihatan adalah Stephen Menon, pace gallery, 2011.
TETAP STEADY....Abdullah Jones atau AJ seorang sasterawan blogger yang semakin panas dengan kontroversi hari-hari. Walaubagaimanapun beliau tetap tabah berhadapan dengan cabaran yang datang. Kini beliau telah bergelar HAJI AJ. Tahniah buat beliau....RAKAMAN...Saya dan Hj.AJ berada dalam satu sessi rakaman di Bapak Aku Punya Studio dalam satu promosi sembang seni ASWARA...
ARTTALK....saya rasa tajuk yang diberi lain....tapi cerita saya lain....cuba lihat erry (duduk kerusi merah) yang agak kesal menjemput saya memberi ARTTALK....galeri Candan, K.Lumpur, 2011.
DEMI SENI....saya telah berkesempatan merasmikan Perjumpaan Jurufoto Kuantan 2011 di Kolej Shahputra. entah macamana saya dijemput untuk merasmikan persatuan tersebut yang dianggotai oleh mereka2 yang dasyat2 dalam bidang pengfotoran....Terimakasih semoga anda Berjaya!
TINGGAL KENANGAN- Pameran Tuan Wil dan Nadia Bertrand(rakyat Canada) yang pernah diadakan di Balai Seni Lukis Pahang awal 2011. Kini Balai Seni Lukis Pahang sudah di'DELETE' oleh Kerajaan Negeri kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada Kerajaan Negeri. Kepada mereka rakan, artis mahupun pengunjung yang telah berusaha bekerjasama menaikkan seni negeri dan khususnya kepada mereka yang telah bekerjasama sebelum ini dengan Balai ini saya mengucapkan Jutaan TERIMAKASIH buat KALIAN.
GALERI ISMADI...sejak akhir-akhir ini gerhana golakan pesta untung lebih di galeri2 di K.Lumpur dengan potongan komisyen yang gila hingga 50%...akhirnya tukang frame juga yang buat untung yang kian menjadi. Untuk itu saya mengambil keputusan untuk membuka galeri sendiri dalam blog saya khusus bagi memperkenalkan karya terkini dan seterusnya menjual hasil karya seni saya. Bagi yang berminat untuk mengetahui atau memiliki karya2 saya yang masih ada anda bolehlah klik www.galleryismadi.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment