Thursday, December 15, 2011

BUKAN BARANG HINA...ADIDAS KAMPUNG DALAM KENANGAN

Kasut ini sememangnya tidak asing lagi buat para penduduk di kampung. Kehebatan dan kebolehannya memang tidak dapat disangkal lagi. cukup terkenal sekitar 70an hingga 80an dan kasut ini juga nyaris untuk diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Pendidikan kerana 'praktikaliti' dan keselamatan penggunaannya di kawasan kampung oleh para pelajar sekolah.

Namun, kini ianya agak sukar didapati dari mana-mana toko yang terdapat di kota neon.

Hasrat perka adidas kampung agar penghasilannya dapat menyerupai kasut jenama terkenal iaitu 'Adidas' dari jerman yang cukup mendapat perhatian anak-anak muda di kota pada suatu masa lalu, namun perekanya cuba menghasilkan dari bahan yang berlainan dan murah serta mudah didapati agar ia senang untuk dimiliki dengan harga yang di mampumilik.Dengan harga sekitar RM2.80 pada tahun 1978, RM 4.20-1985, RM7.80-1989. Harga sedemikian cukup tidak membebankan rakyat.

Tiada banyak olahan rekabentuk terhadap kasut adidas kampung ini. Namun penggunaan warna kuning sebagaimana kereta Ferrari masih dikekalkan pada 'stripe'nya sehingga ke akhir usia pengeluarannya. Hingga kini pengeluar cat masih ragu serta cuba mengetahui akan jenis cat kuning yang digunakan kerana agak sukar bagi cairan cat untuk kekal pada permukaan getah yang flexible melekat dalam tempoh yang lama!. Cuma ia mempunyai empat garisan melintang yang membezakannya dengan adidas sebenar yang hanya mempunyai tiga garisan sebagaimana dalam gambar dibawah.


Penggunaannya diiktiraf oleh dunia dan menjadi sebahagian uniform anggota komunis dunia termasuk PKM(parti komunis Malaya). Namun saya masih belum menemui penggunaan cat kuning pada kasut komunis hingga kini ...mungkin ia telah dikikis..


Mungkin ada dikalangan kita yang mambaca ini cukup tersentuh mengigati kasut yang saya paparkan ini. Walaupun ianya dibuat dari negeri China pada suatu masa dahulu...namun sumbangannya cukup besar hingga meningkatkan ekonomi negara kita Malaysia. penggunaannya hingga menyeloroh dan mendapat penerimaan yang cukup besar dari masyarakat kampung.

Keasliannya pada hari ini boleh dipertikaikan. Ada pelbagai jenama dan jenis rekabentuk yang seakan serupa dihasilkan dari negara pengeluar getah lain seperti Cambodia dan sudah tentu negara kita. Anda juga setuju jika saya katakan kasut yang saya paparkan dibawah ini adalah bukan adidas kampung sebenar.




Atas permintaan yang cukup tinggi, kini kasut ini dikeluarkan oleh banyak pengeluar pencetak rompak kasut lain dan diberi nama dengan pelbagai jenama, de rock, heroes, bowling dan paling malang adalah gajah!. Dalam gambar dibawah adalah antara kasut tiruan adidas kampung yang diberi nama 'bowling' agar pengeluarannya dapat mengelirukan mata masyarakat .


Senang saja, untuk mengetahui keasliannya, hanya anda perlu turun dari bukit yang mempunyai kecuraman 40 degree kecuramannya, kenyataan ini agak 'gila' dan anda perlu berlari sekuat hati dalam kelajuan 100km/j. Jika kasut adidas kampung yang dicuba adalah tiruan, 'start' atau butir dibahagian tapak akan tercabut. Jika sebaliknya, ia ternyata adidas kampung sebenar!. Bagi kasut tiruan.... kaki anda akan menghasilkan kesan 'melepoh' di beberapa bahagian kaki anda terutama dibahagian atas bukulali. Sekiranya anda memakai adidas kampung sebenar walau tidak menggunakan stokin, tiada apa kecederaan yang berlaku kerana ia diperbuat dari getah yang cukup lembut dan 'flexible'. pacat juga agak kurang yang menyinggah dikaki kerana adidas kampung juga banyak mempunyai permukaan rekabentuk yang tajam.

Tahu atau tidak, antara lain kehebatannya adalah sama dengan getah yang digunapakai untuk menghasilkan tayar kenderaan formula 1 berjenama terkenal 'Bridgestone'-yang diperbuat dari getah asli klon PB350, (code RISDA) yang cukup baik dan bermutu tinggi.


Kebolehan kasut ini memang tidak dapat disangkal lagi....kasut ini boleh digunakan didarat mahupun disungai, ia amat praktikal....selalunya digunakan oleh golongan 'rakyat' sebagai unifom kerja terutama yang kena ke pejabat pada awal pagi...noreh laa. selain itu ia amat praktikal untuk tujuan meloncat antara satu batu ke satu batu yang lain terutama dikawasan permukaan batu yang sangat licin di kawasan sungai kerana cekaman 'stat'nya yang cukup mencengkam. Jika diteliti, setiap stat mempunyai satu butiran halus berbentuk bulatan yang berfungsi sebagai 'kuku' yang sengaja direka untuk cekaman sentuhan yang lebih baik. Kasut ini juga boleh digunakan dalam permainan bolasepak, namun ianya tidak digalakkan penggunannya kerana akan menjatuhkan moral pemain lain.



Namun pada hari ini 'adidas kampung' sudah ada saingannya, pelbagai jenis jenama dan rekaan ala 'aerodinamik' kasut lain cuba untuk mengganti kebolehannya. Namun kepada yang tahu akan pengunaannya mereka tetap tegar menggunakan jenama 'adidas kampung' juga walau terpaksa ke pekan Sungai Ruan!, bagi mendapatkan yang asli.


Ada yang malang, dan cuba memperbodohkan suasana, apabila pengaruh Poh Cu Kang cukup kuat menular dikalangan masyarakat. Ada yang cuba menoreh getah menggunakan kasut kuning tersebut demi mencari gaya dan populariti.


Kini amat jarang kita lihat kasut adidas kampung ini yang disemadikan dalam sejarah...Mungkin anda rasa diperbodohkan, tetapi tidak seperti saya yang berjiwa seniman. saya rasa terpanggil untuk menulis demi mengimbau sumbangannya pada kita.
Untuk itu, lihat saja dibawah ini siri kasut adidas siri yang cukup 'rare' berwarna putih yang dikeluarkan dalam edisi yang cukup berlainan. mungkin untuk olahraga agaknya.
Adidas kampung ini adalah kasut yang dikeluarkan dalam siri terhad 'limited edition' bagi memperingati ulang tahun jubli perak syarikat pengeluarannya.

Atas kejayaan ini. muncul pula inovasi yang cuba meniru kejayaan adidas kampung tetapi dikesan oleh saya. Kini muncul pula kasut getah yang mendapat sambutan yang cukup hebat, crocodile!. Cukup kuat impak dari masyarakat dewasa hingga kepada anak-anak kecil. Mungkin ilham penciptanya inginkan suatu kasut yang flexible menyamai kasut adidas kampung yang dihasilkan pada satu masa lalu. soalannya....mampukan kasut CROCODILE yang digunakan oleh anda pada hari ini bertahan?



Bagi mereka yang pernah melalui pengalaman bersama kasut adidas kampung, tidak salah sekiranya anda membelinya cukup untuk sepasang sahaja sebagai koleksi bagi diabadikan dalam sejarah hidup anda....mungkin ada juga setuju!

Saturday, December 10, 2011

MACAM-MACAM HAL 2011...

Pelbagai cerita dan episod menarik dalam tahun ini 2011. Macam saya ada yang suka dan ada juga cerita dukanya. Namun ini semua hanyalah pentas dunia.

Tahun ini juga membuka lembaran baru dimana saya HIJRAH dari pekan yang sangat saya sayangi,Kota Kuantan ke K.Lumpur. walau selama ini saya merasakan saya telah berada dipenghujung hidup saya, rupa-rupanya banyak lagi yang harus saya pelajari disini...semuanya pasal kehidupan...nyata lah apa yang dikatakan kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ini.

Namun saya tetap berSHUKUR ke hadrat Illahi selagi saya masih hidup..

Berikut serba sedikit sejarah, drama, episod 2011 saya untuk kita kongsi bersama....


KENANGAN LALU. saya bersama para pelajar nursing UiTM /Shahputra buat kali terakhir. jamuan makan malam ini diadakan di Swiss Garden Hotel di Kuantan. Semoga kalian berjaya.

SAAT GEMBIRA, Saya bertemu sahabat saya semenjak 14 tahun tidak bertemu beliau, Yusoff Majid. turut kelihatan adalah Stephen Menon, pace gallery, 2011.


HEBAT...rupanya...masih ada sahabat saya yang baru saya kenali, Rafil Ramli, anak kepada Allahyarham Ramli Malek tokoh batik yang kini giat mempromosikan www.1tube.my, syarikat IT beliau.


LinkTETAP STEADY....Abdullah Jones atau AJ seorang sasterawan blogger yang semakin panas dengan kontroversi hari-hari. Walaubagaimanapun beliau tetap tabah berhadapan dengan cabaran yang datang. Kini beliau telah bergelar HAJI AJ. Tahniah buat beliau....




RAKAMAN...Saya dan Hj.AJ berada dalam satu sessi rakaman di Bapak Aku Punya Studio dalam satu promosi sembang seni ASWARA...


KEMANA MENGHILANG???....hingga kini saya masih mencari si Nabil Roland(matsaleh), rakyat Switzerland yang berpeluk tubuh dalam gambar diatas....beliau merupakan rakan karib saya semasa di Kuantan...hingga kini kehilangannya cukup misteri buat saya...mana yang mengetahui dimana beliau berada sila hubungi saya.SEGERA. Buat Prof. Dato' Dr. Najib...selamat Berjaya!

BOLEH TAHAN LAGI...inilah kuda hijau saya yang masih setia melayan karenah saya kesana kemari...


ARTTALK....saya rasa tajuk yang diberi lain....tapi cerita saya lain....cuba lihat erry (duduk kerusi merah) yang agak kesal menjemput saya memberi ARTTALK....galeri Candan, K.Lumpur, 2011.


DARAH SENI...emir faridzman, anak bongsu saya deengan lakarannya.

ANJAKAN PARADIGMA...Bakal wakil rakyat kampung saya yang akan bertanding....kata saya....saya nak buat airpot situ...dia suka...dan dia akan membantu!...namun saya kadangkala agak tidak yakin dengan kata-kata beliau....

KEMBALI KEPADA BIASA...saya kira sudah sampai masa saya kembali mengkhususkan kerjaya dalam bidang yang saya sukai, bukan lagi hal pentadbiran akademik. ini adalah pelajar aswara yang mengikuti kelas arca bersama saya.

MUHASABAH DIRI.....taklimat di Rajawali studio. saya agak gusar akan perpecahan ahli yang kini berlaku di Rajawali terutama dalam soal pembahagian keuntungan. Semoga kalian semua bertenang dan berbincang dengan sebaik mungkin....namun saya percaya kepulangan HJ. AJ dari tanah suci membawa seribu rahmat untuk RAJAWALI.




RAKAN KARIB...sahabat saya Dr. Amorn Sudarno, saya dan Izat Bukhary dihadapan Masjid Besar Kuantan. Mereka inilah yang cukup setia bersahabat dengan saya yang kadangkala hanya menghirup segelas teh terik sehingga 4 pagi.


DEMI SENI....saya telah berkesempatan merasmikan Perjumpaan Jurufoto Kuantan 2011 di Kolej Shahputra. entah macamana saya dijemput untuk merasmikan persatuan tersebut yang dianggotai oleh mereka2 yang dasyat2 dalam bidang pengfotoran....Terimakasih semoga anda Berjaya!

MY FRIEND series....ini adalah sebahagian karya saya pada tahun ini yang mendapat kritikan yang cukup hina dari peminat dan pengumpul karya seni negara ...OK laa saya terima dan kehendak kalian akan saya turuti...

TINGGAL KENANGAN- Pameran Tuan Wil dan Nadia Bertrand(rakyat Canada) yang pernah diadakan di Balai Seni Lukis Pahang awal 2011. Kini Balai Seni Lukis Pahang sudah di'DELETE' oleh Kerajaan Negeri kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada Kerajaan Negeri. Kepada mereka rakan, artis mahupun pengunjung yang telah berusaha bekerjasama menaikkan seni negeri dan khususnya kepada mereka yang telah bekerjasama sebelum ini dengan Balai ini saya mengucapkan Jutaan TERIMAKASIH buat KALIAN.


KEMBALI BERSENI...atas nasihat saya, rakan saya yang mempunyai kebolehan yang cukup tinggi kembali berniaga menghasilkan aksesori pakaian tradisi dari pewter. Hasratnya untuk membuka pusat snooker di pekan Rawang akhirnya segera dibatalkan. untuk melihat kebolehan dan hasil kerja beliau silalah saudara saudari ke www.deastekcraft.blogspot.com.


GALERI ISMADI...sejak akhir-akhir ini gerhana golakan pesta untung lebih di galeri2 di K.Lumpur dengan potongan komisyen yang gila hingga 50%...akhirnya tukang frame juga yang buat untung yang kian menjadi. Untuk itu saya mengambil keputusan untuk membuka galeri sendiri dalam blog saya khusus bagi memperkenalkan karya terkini dan seterusnya menjual hasil karya seni saya. Bagi yang berminat untuk mengetahui atau memiliki karya2 saya yang masih ada anda bolehlah klik www.galleryismadi.blogspot.com

melukis di SEMPORNA 2008

Suatu ketika lalu, saya pernah berkesempatan untuk mengikut program yang dianjurkan oleh Balai Seni Lukis Negara dan saya turut melukis di sebuah pulau terkenal di Sabah, iaitu Semporna.

Cantik dan penduduk yang rata-ratanya berketurunan Bajau Laut itu cukup ramah terutamanya para anak-anak disana.Terimakasih semua.